Monday, November 5, 2018

Bab 8 : Strategi Mengurus Bilik Pembelajaran


Bab 8 (Strategi Mengurus Bilik Pembelajaran)

1) Unsur fizikal dalam bilik darjah:
  • Konsep bilik darjah

*      Dahulu: Lima hingga enam pelajar duduk di bawah sebatang pokok  besar dan mendengar ajaran seorang guru sudah dianggap satu bilik darjah.
*      Surau atau pondok tempat mengaji juga dianggap sebagai satu bilik darjah.
*      Sekarang: Sebuah bilik darjah di bawah jagaan seorang guru dianggap bilik darjah.
*      Padang sekolah yang digunakan juga dinggap bilik darjah.
*      Padang sekolah yang digunakan oleh pelajar untuk pelajaran pendidikan jasmani juga dianggap bilik darjah.

  • Jenis bilik darjah

*                                 -  Bilik Darjah Tradisi
*                                 -  Bilik Darjah KBSR Dan KBSM
*                                 -  Bilik Darjah Mata Pelajaran Khas (KBSM)
*                                 -  Bilik Darjah Terbuka

Penyusunan bilik darjah
*      Tempat Duduk Pelajar : Kedudukan pelajar tidak boleh diubah suai bagi menggelakkan         berlakunya kekeliruan sewaktu belajar.
*      Meja guru : Meja guru biasanya terletak dibahagian hadapan kelas.Guru harus berada di sekitar meja pelajar bagi pembantu dalam proses pembelajaran.

2) Interaksi dalam bilik darjah
Konsep interaksi
Satu proses saling bertindak yang berlaku di antara sekurang-kurangnya dua pihak. Istilah dua pihak bermaksud sama ada ia merupakan orang perseorangan ataupun sekumpulan manusia.

Jenis interaksi bercorak lisan
  • *      Interaksi sehala atau tradisional
  • *      Interaksi dua hala antara guru dan murid
  • *      Interaksi dua hala antara murid dan murid
  • *      Interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid


Faktor mempengaruhi pembentukan interaksi dalam kelas
  • *      Susunan bilik darjah
  • *      Keadaan emosi bilik darjah
  • *      Kawalan yang sempurna dan menggunakan gaya kepimpinan yang sesuai
  • *      Penggunaan kaedah kumpulan
  • *      Memperbanyakkan pengajaran berbentuk amali daripada berbentuk teori
  • *      Guna kaedah pengajaran yang boleh menghidupkan suasana pembelajaran
  • *      Guna alat bantu mengajar berteknologi
  • *      Sikap guru yang baik

3) Iklim bilik darjah
Suasana bilik darjah yang kondusif penting bagi mewujudkan proses PdPc yang berkesan. 
Terbahagi kepada 3 :
  • *      Suasana Fizikal
  • *      Suasana Sosial
  • *      Suasana Emosi.

Gabungan daripada berbagai-bagai perkara
  • *      Suara
  • *      Kelucuan
  • *      Penggunaan pujian
  • *      Sikap & ekspektasi bilik darjah
  • *      Kemesraan
  • *      Stail
  • *      Kawalan
  • *      Kepimpinan dan kaedah mengajar

Secara kesimpulannya, strategi pengurusan bilik darjah adalah berkait rapat dengan tiga aspek penting seperti unsur fizikal, interaksi dan iklim bilik darjah. Selain itu juga, peranan daripada guru adalah penting  bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan seiring dengan matlamat dan isi pembelajaran yang ingin disampaikan.

Bab 7 : Pengurusan Sumber


Bab 7 (Pengurusan Sumber)

Dalam sesebuah pusat sumber, sumber boleh dibahagikan kepada:
1) Perkakasan (hardware)
2) Bahan (software)
   - Bahan cetak
      * Buku         * Bahan Khusus       * Terbitan berkala
   - Bahan bukan cetak
      * Perkakasan         * Perisian       * Carta
      * Permainan           * Audio          * Bahan tiga segi
      * Lutsinar                * Video dll.

Kaedah Pembelajaran berasaskan sumber*      
  • meliputi satu mata pelajaran tertentu atau melibatkan berbagai disiplin pelajaran
  • dibimbing oleh guru dan berpusat kepada murid 
  • bersifat individu atau secara kumpulan
  • menggunakan bahan bagi pembelajaran secara individu atau kumpulan

Komponen pembelajaran berasaskan sumber
  • penggunaan buku teks
  • aktiviti penelitian
  • pencarian bahan dari pelbagai sumber
  • latihan penyelesaian masalah
  • penggunaan alat pandang dengar.

Dasar pembelajaran berasaskan sumber
  • pengajaran melalui kerja projek
  • pengajaran unit yang berintegrasi
  • pendekatan berinterdisiplin
  • pembelajaran individu secara aktif

Ciri-ciri pembelajaran berasaskan sumber
  • Aktiviti pembelajaran memberi penekanan kepada sumber pendidikan.
  • PBS berhasrat untuk melibatkan pelajar belajar secara aktif.
  • Dengan menyajikan berbagai pendekatan tentang bahan pembelajaran, kaedah kerja dan saluran komunikasi, motivasi belajar akan dapat ditingkatkan.
  • PBS memberi peluang kepada pelajar belajar mengikut keupayaan.
  • PBS lebih fleksibel dalam penggunaan waktu dan ruang belajar.
  • PBS boleh mengembangkan sikap yakin kepada diri sendiri dan melatih kemahiran belajar sepanjang hayat.

Penekanan dan pelaksanaan pembelajaran berasaskan sumber
  • Pengetahuan pelajar
  • Tujuan Pembelajaran

Objektif pembelajaran boleh diperjelaskan melalui:
Ø  huraian tentang apa yang akan dipelajari
Ø  diskusi dan bertukar-tukar fikiran
Ø  kegiatan-kegiatan yang menggunakan berbagai sumber
Ø  kegiatan-kegiatan melalui kunjungan dan lawatan
Ø  kegiatan-kegiatan kreatif seperti drama, seni lukis dan muzik
  • Memilih kaedah dan strategi pendekatan
  • Cari, kumpul dan pilih bahan
  • Penyediaan tempat untuk beraktiviti
  • Bimbingan dan tunjuk ajar dari guru


Bab 6 : Pengurusan Bilik Darjah


Bab 6 (Pengurusan Bilik Darjah)

Pengenalan
Persekitaran fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran kerana ia boleh menggalakkan atau menghalang pembelajaran. Persekitaran bilik darjah yang teratur merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan.
Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan ‘kawan’ atau ‘musuh’ dalam pengajaran. Ruang bilik darjah perlu diurus bersesuaian dengan aktiviti pengajaran. Tempat duduk perlu disusun,papan kenyataan dihias dan karel pembelajaran dan rak-rak buku perlu dipasang. Di samping itu, pengurusan bilik darjah juga termasuk menunjukkan sikap positif terhadap sekolah dan pembelajaran secara umum. Seorang guru haruslah sentiasa menunjukkan contoh yang baik kepada anak murid mereka.
Bagi memainkan peranan sebagai pengurus yang berkesan, kita perlulah memahami kesukaran situasi bilik darjah dan mengenali faktor-faktor yang boleh membantu untuk menghasilkan suasana pembelajaran yang sihat.

Konsep Persekitaran Bilik Darjah yang Kondusif
Persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Persekitaran ini mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan semangat murid untuk terus belajar. Iklim yang dapat memotivasikan murid merujuk kepada suasana atau budaya yang dapat mewujudkan motif dalam diri murid untuk bertindak ke arah mencapai matlamat pembelajaran. Seorang guru perlu membina keadaan bilik darjah yang kondusif serta berkesan dalam menghadapi tingkah laku. Hal ini melibatkan pendekatan pengajaran, corak komunikasi, kemahiran guru dalam mengurus, cara seseorang guru mengawal murid dan aktiviti-aktiviti dalam bilik darjah serta personaliti guru itu sendiri. Dalam persekitaran ini, murid menyedari kelebihan sikap berdikari mempunyai perasaan bertanggungjawab dan kesepunyaan terhadap pembelajarannya.

1)   Persekitaran Fizikal
Suasana fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran kerana suasana bilik darjah yang teratur merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan.  Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan ‘kawan’ atau ‘musuh’ dalam pengajaran. Persekitaran yang selesa, kemas dan ceria mampu menyeronokkan pengalaman pembelajaran murid.  Persekitaran fizikal di dalam bilik darjah merangkumi aspek-aspek seperti susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah, sumber bahan pembelajaran, ruang atau sudut pembelajaran, ruang pada dinding, pengcahayaan, pengudaraan dan perabot serta kebersihan. Di samping itu, pengurusan bilik darjah juga termasuk menunjukkan sikap positif terhadap sekolah dan pembelajaran secara umum.

2)   Persekitan Psikososial
Psikososial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya. Persekitaran psikososial yang sihat di dalam bilik darjah mempunyai ciri-ciri seperti suasana selesa dan mesra, bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal, suasana yang merangsang pembelajaran, menggalakkan pembelajaran koperatif dan memberi peluang yang sama untuk semua murid. Faktor yang memberi kesan kepada persekitaran psikososial yang sihat ialah pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak interaksi yang guru wujudkan di dalam bilik darjah.  Jika persekitaran psikososial ini tidak dititikberatkan oleh guru, masalah disiplin akan berlaku dalam kalangan murid.  Oleh itu, bagi menguruskan keperluan psikososial setiap murid, guru perlulah menjadi seorang guru yang asertif. Mengikut Model Disiplin Asertif Canter, pendekatan yang terbaik untuk menguruskan bilik darjah adalah dengan menggunakan pendekatan asertif. Guru asertif mempunyai matlamat yang jelas dengan pengurusan, yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan dan pada masa yang sama akan bersikap adil kepada semua murid. Jika seorang guru ini konsisten bersikap asertif ini dapat membantu membina persekitaran yang tenang dan menyokong perkembangan pembelajaran dan psikososial murid.

3)   Peraturan Dan Rutin Bilik Darjah
Pada umumnya, murid sekolah rendah mula berdikari namun mereka masih memerlukan pemantauan. Pada peringkat ini, mereka suka diberi perhatian dan menunjukkan respon yang positif apabila diberi insentif atau hadiah. Menurut Erik Erison, kanak-kanak pada peringkat ini mula mendapat pengalaman baharu dan berfokus kepada pembelajaran pengetahuan dan kemahiran baharu. Namun, murid pada peringkat ini memerlukan struktur dan prosedur-prosedur kerja yang jelas agar mereka boleh berfungsi dengan baik di dalam bilik darjah. Oleh itu, guru perlulah membina peraturan dan prosedur untuk mentadbir aktiviti dalam bilik darjah. Peraturan merupakan pernyataan yang menentukan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh murid. Contoh peraturan yang biasa ditemui ialah setiap murid perlulah mempunyai rasa hormat, mesra dan bersifat membantu rakan-rakan mereka, murid perlu menyiapkan tugasan mereka dan murid perlu mengangkat tangan mereka jika mahu menjawab sebarang pertanyaan.  Mengikut Model Pengurusan Kounin, asas kepada keberkesanan pengurusan disiplin bilik darjah bergantung kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru terhadap bilik darjah. Faktor utama dalam menguruskan tingkah laku di dalam bilim darjah menurut Kounin adalah berkaitan dengan kebolehan guru untuk mengawasi semua perkara yang berlaku di dalam bilik darjah. Contohnya, dalam gerak kerja kumpulan, seorang guru berjaya mengawasi dan berinteraksi dengan semua kumpulan kecil walaupun pada ketika itu dia sedang mengajar kumpulan yang tertentu. Dengan kepekaan ini, seorang guru berupaya menjangka masalah yang akan timbul dan selalunya dapat menghalang masalah daripada menjadi semakin serius.
Selain itu, guru juga akan membentuk rutin di dalam bilik darjah untuk aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan. Rutin ialah prosedur atau langkah-langkah yang mesti diikuti oleh murid dalam aktiviti spesifik mereka. Rutin bertujuan melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran. Contoh amalan rutin ialah guru mengambil kehadiran setiap hari, cara mengedar dan menyimpan bahan pengajaran, membentuk kumpulan dalam kelas, menghantar buku latihan atau kerja rumah dan lain-lain. Setiap rutin yang dibentuk hendaklah sentiasa dipantau dan diberi peneguhan sehingga prosedur-prosedur ini menjadi satu budaya dalam kalangan murid dan seterusnya menjadi suatu budaya di sekolah tersebut. Untuk mendapatkan hasil yang efektif lagi, guru bolehlah mengaplikasikan Model Akibat Logikal Dreikurs di mana menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah.

Rumusan
Semasa menguruskan bilik darjah, guru memainkan pelbagai peranan penting. Bilik darjah merupakan sebuah komuniti kecil dan menjadi tempat di mana seorang guru dan sekumpulan pelajar saling berinteraksi. Oleh itu, menjadi tanggungjawab seorang guru untuk menguruskan bilik darjah dengan bantuan murid-murid. Dalam usaha ke arah menyediakan persekitaran yang kondusif, guru perlulah mengambil kira ciri fizikal sesebuah bilik darjah, faktor emosi dan sosial serta peraturan dan rutin yang dilaksanakan. Melalui persekitaran bilik darjah yang kondusif ini, guru dapat melahirkan pelajar yang  lebih berdisiplin dan suasana harmoni dalam bilik darjah dapat diwujudkan. Selain itu pembentukan suasana bilik darjah yang ceria dan menyeronokkan secara tidak langsung dapat mengurangkan gejala ponteng sekolah. Pengurusan bilik darjah yang berkesan mampu meningkatkan kualiti pelajar yang akan dilahirkan oleh institusi pendidikan, sekaligus dapat mengurangkan masalah sosial yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.

Rujukan





Bab 5 : Pengurusan Murid


 Bab 5 (Pengurusan Murid)

Pengurusan murid merupakan salah satu bahagian yang sangat penting dalam pentadbiran sekolah. Hal ini demikian kerana, pengurusan murid ini berkaitan dengan usaha untuk melahirkan murid yang berkualiti dan mampu membawa perubahan terhadap negara dalam pelbagai aspek pada suatu hari nanti. Selain itu, pengurusan murid ini perlulah dilakukan dengan sistematik kerana ianya mampu mencapai matlamat dan objektif yang ingin dilakukan. 

       Tugas bagi menguruskan berkaitan murid ini dikendalikan oleh Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid yang berkaitan dengan aspek disiplin, ko-kurikulum, kurikulum dan aspek yang lain melalui peranannya sebagai pemaju, pembina, pembantu, perancang, pemudah cara, penyelaras, pengawal, penawar, dan kaunselor yang boleh membantu memudahkan pengurusan murid.

       Sememangnya, pengurusan murid dapat melahirkan murid yang berkualiti dari pelbagai aspek seperti kognitif, afektif dan psikomotor. Dalam pada itu, pengurusan murid juga sangat membantu murid untuk sentiasa konsisten dalam proses pengajar oleh guru dalam kelas. Selain itu, guru juga dapat merancang dengan baik bagi melaksanakan proses PdPc dalam kelas dan pada masa yang sama dapat menarik minat pelajar untuk belajar.

MENGURUS REKOD MURID
Mengurus rekod murid ini merupakan salah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh guru. Pengurusan rekod murid dikaitkan dengan aktiviti mencatat bidang pengurusan yang bertanggungjawab untuk menjaga, bersistematik mengawal penciptaan, penerimaan, penggunaan dan ciri rekod termasuklah proses menjaga dan memelihara bukti dan maklumat murid ke dalam bentuk rekod.

Terdapat beberapa perkara yang harus dipertimbangkan semasa menghasilkan rekod:

1. Rekod pelajar:
  • Tujuan, aspek, perincian dan juga pertimbangan yang praktikal.
  • Sebelum membuat rekod murid. (Menjalankan pentaksiran mengenai persekitaran seseorang murid yang merangkumi aspek persekitaran, perkembangan, kemajuan, kesihatan dan tingkah laku).
  • Perlu dikemaskini dari semasa ke semasa.
  • Melibatkan rekod kerja di dalam kelas serta markah dan kemajuan yang dicapai       oleh setiap pelajar.
  • Dapat membantu guru menyedari perlunya bahan tambahan ataupun bahan lain dengan cepat. 
  • Liputan setiap topik dalam sukatan boleh disemak dengan mengumpul dan sentiasa merujuk rekod kerja.
  • Kehadiran pelajar direkodkan di dalam buku daftar kehadiran 
2. Rekod Mengajar Guru:
  • Salinan Jadual Waktu Persendirian, termasuk analisis mata pelajarannya
  • Salinan Sukatan Pelajaran bagi mata pelajarannya yang diajarnya.
  • Salinan kertas soalan peperiksaan dan keputusan peperiksaan, termasuk ujian bulanan bagi tiap-tiap kelas yang diajarnya turut dimuatkan selain perancangan pengajaran mengikut tahunan, mingguan dan harian.
  • Buku Rekod Mengajar mesti diisi mengikut perancangan pengajaran harian sebelum masuk ke dalam kelas.

KESEDIAAN MURID BELAJAR
·     Kesediaan Murid Belajar merupakan keadaan dalam individu yang bersedia dan berupaya untuk mempelajari sesuatu dengan tujuan memperolehi pengalaman pembelajaran yang baru. Apa jua perkara yang dapat disampaikan secara berkesan kepada kanak-kanak pada bila-bila peringkat perkembangannya (Brunner, 1966).
·         Piaget (1966) megaitkan kesediaan belajar dengan peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak. Kesediaan ini berkaitan dengan peringkat perkembangan intelek seperti berfikir, menaakul, menganalisis, mensintesis dan menilai.
·         Terdapat tiga jenis kesediaan belajar:

- Kesediaan kognitif
o   Berkait rapat dengan mental untuk  memahami dan juga berfikir.
o   Perkembangan mental bergantung kepada umur seseorang.

- Kesediaan afektif  
o   Merujuk kepada sikap, keinginan, ketekunan, perasaan, minat dan nilainya untuk menerima pelajaran yang disampaikan.
o   Pelajar yang bersikap positif dan berminat terhadap pelajaran akan memainkan peranan yang aktif dan agresif dalam aktiviti itu.

- Kesediaan psikomotor
·         Merujuk kepada penguasaan kemahiran yang berpusat kepada tindakan fizikal termasuklah perkembangan fizikal  iaitu fungsi anggota dan pengawalan penyelarasan penggerak di dalam seluruh tubuh badan.

MEMOTIVASIKAN MURID

Motivasi merupakan rangsangan yang membangkitkan minat seseorang individu ke arah mencapai sesuatu matlamat tertentu. Tingkah laku yang berpusatkan pada sesuatu perkara, dan mampu menghasilkan kepuasan secara berulang-ulang. Naluri ingin tahu mencetuskan tingkah laku seperti ingin mencuba, menjelajah, mencipta dan mereka bentuk. Dari segi desakan melibatkan tindakan disebabkan oleh keperluan fisiologi,  keperluan melibatkan keinginan memenuhi kekurangan fisiologi dan  psikologi. Sikap pula dibentuk daripada kefahaman perasaan dan tindakan, harapan iaitu ramalan subjektif selaras dengan kognitif, aspirasi iaitu penilaian yang subjektif terhadap tugas yang dilaksanakan.

Konsep Motivasi
Tingkah laku untuk mencapai keinginan dalam diri akan membangkitkan respond untuk mencapai tujuan yang ingin dicapai pada akhirnya. Bantuan daripada guru menyebabkan murid sentiasa berusaha bersungguh-sungguh.


1.    Teknik Intrinsik:
·         Dorongan dalaman dan minat yang terdapat pada diri seseorang untuk melakukan sesuatu tanpa memikirkan ganjaran.
·         Berkaitan dengan sifat semula jadi seseorang dengan unsur yang sedia ada dalam proses pembelajaran.
·         Dikaitkan dengan naluri ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan seseorang. (Bruner, 1966)
·         Contoh: bermain piano atau menggubah lirik lagu
·         Diwujudkan secara semulajadi tetapi boleh terbentuk dari pengalaman dan pembelajaran.
·         Contoh: tabiat membaca buku cerita dan bermain alat muzik

2.    Teknik Ektrinsik:
·           Diwujudkan daripada rangsangan luaran dengan tujuan menggerakkan seseorang untuk melakukan sesuatu aktiviti yang akan membawa faedah kepadanya.

Kesimpulannya, pengurusan murid sangat penting dalam merancang sesuatu PdPc terutamanya bagi merancang perjalanan setiap PdPc itu agar ianya akan berjalan dengan lancar.


Rujukan
Muhamad Aizat. (2017). Pengurusan murid. Diperoleh daripada http://muhamadaizat.blogspot.com/p/pengurusan-murid.html.

Bab 4 : Kepimpinan dan Organisasi

Bab 4 (Kepimpinan dan Organisasi)

Menurut Amerjit Singh (2017), kepimpinan adalah satu proses komunikasi dan interaksi sosial yang acapkali diperkatakan oleh masyarakat dewasa ini. Kepimpinan adalah kualiti tingkah laku individu untuk mencapai matlamat dan objektif organisasi. Kepimpinan boleh berlaku dalam kelompok mahupun kumpulan. Jelas, perilaku pemimpin dan gaya kepimpinannya melibatkan pengaruh seorang ketua terhadap ahli-ahli di bawahnya yang berada dalam kelompok yang sama bagi mencapai objektif yang telah direncanakan.

Gaya kepimpinan pula, antara lain, bergantung kepada sejauh mana seseorang pemimpin berperanan menentukan struktur tugas dan organisasi yang dipimpinnya. Gaya kepimpinan amat penting dalam mewujudkan kepuasan antara majikan dan pekerja. Malah gaya kepimpinan yang berkesan, berupaya menyuntik hubungan mesra antara majikan dan pekerja dalam sesebuah organisasi.

Terdapat beberapa jenis gaya kepimpinan termasuklah gaya kepimpinan autokratik, demokratik dan Laissez-Faire.

1. Gaya kepimpinan autokratik (Directive leadership)
  • Lebih mementingkan pengeluaran dan keuntungan dalam organisasi.
  • Seorang ketua atau majikan yang mementingkan kuasa dalam pentadbiran serta pekerja dijadikan platform untuk mencapai objektif yang telah dirancang oleh ketuanya.
  • Pemimpin gaya ini lebih cenderung untuk membuat keputusan sendiri berbanding berbincang dengan pekerja bawahannya.

2. Gaya kepimpinan demokratik:
  •      Memberi peluang kepada pekerja bawahannya untuk melibatkan diri secara langsung di dalam sistem pentadbiran organisasinya.
  •     Memberi peluang kepada setiap pekerjanya untuk memberi pendapat dan pandangan sebelum sesuatu keputusan yang diambil.
  •      Bersifat bertimbang rasa dan lebih mendengar pandangan pekerja sebelum membuat keputusan.
  •     Memfokuskan kepada hubungan antara majikan dan pekerja dalam mencapai sesuatu matlamat ataupun objektif organisasi.

3. Gaya kepimpinan Laissez-Faire:
  • Seseorang ketua mahupun majikan lebih memberi kebebasan kepada pekerjanya dalam membuat keputusan dan memberi pandangan untuk menentukan matlamat organisasi.
  • Ketua lebih gemar memberi kebebasan sepenuhnya kepada pekerjanya untuk membuat keputusan mahupun sesuatu tindakan dalam organisasi tersebut.
  • Tidak mementingkan prestasi mahupun keuntungan serta gaya kepimpinan ini tidak mengutamakan objektif sesuatu organisasi tersebut.

ORGANISASI SEKOLAH pula didefinisikan sebagai sebuah perserikatan yang berada di bawah pengurusan sekolah yang bertujuan untuk membantu menciptakan sebuah kondisi yang efektif dari kegiatan sekolah. Sedangkan organisasi sekolah adalah tentang organisasi sumber daya, peristiwa, dan personil sekolah. Organisasi secara umum merupakan sebuah perkumpulan/hubungan yang sistematis dan efektif untuk mencapai hasil yang diinginkan.

Rajah 1: Contoh rajah carta organisasi sekolah.

Kepimpinan Peringkat Sekolah:
1. PENGETUA
  • ·         Pemimpin/Ketua
  • ·         Pengurus kurikulum dan kokurikulum
  • ·         Pengurusan tenga pengajat dan kakitangan
  • ·         Pengurusan dalaman dan luaran

2. PENOLONG KANAN
  • ·         Mengajar
  • ·         Membantu pengetua dalam pengurusan kurikulum
  • ·         Bantu dalam pentadbiran harian

3. PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
  • ·         Mengajar
  • ·         Pengurusan kebajikandan disiplin pelajar
  • ·         Kemasukan dan pendaftaran pelajar
  • ·         Perhubungan awam tugas-tugas lain

4. PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM
  • ·         Mengajar
  • ·         Pengurusan kurikulum dan kokurikulum
  • ·         Perhubungan awam
  • ·         Pentadbiran harian
  • ·         Tugas-tugas lain

5. GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
  • ·         Menyusun program pelaksanaan bimbingan dan kaunseling
  • ·         Memberikan khidmat kaunseling kepada pelajar menyusun laporan
  • ·         Membuat rancangan tahunan sekolah

6. GURU KELAS
  • ·         Buku daftar kedatangan
  • ·         Pengurusan yuran khas
  • ·         Perkara-perkara akademik
  • ·         Bantuan kewangan
  • ·         Biasiswa
  • ·         Tugas-tugas lain

7. GURU
  • ·         Mengajar
  • ·         Membuat perancangan P&P
  • ·         Menjaga disiplin, keselamatan dan kebajikan murid
  • ·         Mentadbir dan mengurus bilik darjah
  • ·         Tugas-tugas lain

8. MURID
  • ·         Mematuhi dan memahami peraturan sekolah
  • ·         Menjaga dan memelihara harta benda sekolah
  • ·         Menjaga serta meningkatkan kebersihan sekolah
  • ·         Memahami susun lapis masyarakat di sekolah
  • ·         Menghormati lagu sekolah


Kesimpulannya, kepimpinan suatu kemahiran hidup yang perlu untuk menjayakan sesuatu organisasi mengikut matlamat dan objektif dengan mengambilkira faktor-faktor berkaitan. Setiap organisasi memerlukan pemimpin dan tanpa pemimpin organisasi tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Sesungguhnya, jatuh bangunnya sesebuah organisasi terletak pada keberkesanan perilaku pemimpin dan gaya kepimpinannya dalam menerajui organisasi yang di­pimpinnya.

Rujukan

Amerjit Singh. (2017, Mac 14). Perilaku pemimpin dan gaya kepimpinan. Utusan. Diperoleh daripada http://www.utusan.com.my/rencana/utama/perilaku-pemimpin-dan-gaya-kepimpinan-1.456739.
Yuli Yana. (2017). Organisasi sekolah: Manfaat, konsep, & pengertian. Diperoleh daripada https://manfaat.co.id/organisasi-sekolah-manfaat-konsep-pengertian.

Bab 3 : Kajian Pengajaran Dan Pembelajaran Pelajar


Bab 3 (Kajian Pengajaran Dan Pembelajaran Pelajar)

Pengenalan
“Pengajaran” atau “pedagogi” bermaksud bagaimana seseorang guru menyampaikan pelajaran atau ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajarnya.  Ia merupakan satu proses daripada persediaan untuk mengajar, melakukan pengajaran, menilai kembali apa yang telah diajar serta melakukan tindakan susulan bagi menyempurnakan proses pengajaran itu. Pengajaran juga adalah rancangan guru yang sistematik untuk membimbing pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran.
Pengajaran juga boleh didefinisikan sebagai rancangan guru yang sistematik untuk membimbing pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran. Santrock J.W dalam bukunya Educational Psychology: A Tool for Effective Teaching menyatakan bahawa pengajaran berkesan bergantung kepada 2 faktor utama iaitu: pengetahuan profesional guru dan komitmen guru yang berupaya merancang pengajaran tersusun dengan cemerlang (excellent instructional planning).
Pembelajaran ialah proses perubahan struktur mental yang membina keupayaan tingkah laku yang berbeza.  Dari sudut kognitif, pembelajaran boleh berlaku tanpa perubahan tingkah laku yang segera. Perubahan struktur mental yang berlaku melibatkan perubahan skema, kepercayaan, jangkaan dan matlamat.  Proses pembelajaran yang berlaku secara berterusan akan membawa perubahan tingkah laku. Contohnya, seseorang murid akan mula menguasai kemahiran membaca setelah proses pembelajaran berlaku secara berulang-ulang dan berterusan. Penguasaan dan pemahaman terhadap sesuatu fakta akan mudah dikuasai apabila proses pembelajaran dibantu dengan pelbagai bahan bantu mengajar sebagai bahan rangsangan seperti gambarajah, jadual, carta, gambar dan lain-lain alat bantu yang memudahkan murid-murid menghubungkaitkan maklumat.

 Ciri-ciri Guru Berkesan
Salhah Abdullah (2006) dalam bukunya Guru Sebagai Fasillitator menegaskan bahawa "guru sebagai fasilitator berperanan sebagai perancang, pengurus dan pelaksana perlu berpandukan prinsip pengurusan yang sistematik. Prinsip perancangan perlu tepat diikuti dengan prinsip penyampaian yang sesuai dan disusuli dengan prinsip tindakan yang tepat”.
 Matlamat pengajaran pula adalah seperti berikut:
  • Untuk menyampaikan maklumat berbentuk ilmu pengetahuan
  • Membolehkan pelajar menguasai kemahiran kogintif, afektif dan psikomotor.
  • Membantu pelajar memiliki nilai dan sikap yang sihat.
  • Menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif.
  • Membantu pelajar supaya boleh berdikari


Konsep Pembelajaran
Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran
Pengurusan proses-proses seperti merancang, melaksana, menilai dan membuat tindakan susulan termasuk penambahbaikan. Manakala pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah berkaitan aspek-aspek berikut:
~ Merancang pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan dengan mengambilkira latar belakang murid yang berbeza.
~ Melaksana pengajaran dan pengajaran seperti yang telah dirancang dan membuat pengubahsuaian semasa jika perlu.
~ Menilai keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
~Membuat tindakan susulan berdasarkan penilaian yang telah dibuat termasuk membuat penambahbaikan.

Pengurus Pengajaran dan Pembelajaran dalam Kelas Pelbagai Budaya:
Seorang guru yang mengurus pengajaran dan pembelajaran juga boleh digelar ‘pengurus’. Ciri-ciri seorang pengurus pengajaran dan pembelajaran yang cekap dan berkesan termasuk :
~Prihatin dan peka terhadap situasi sekeliling
~Sistematik dalam merancang dan menilai
~Penyabar menghadapi kerenah murid pelbagai latar belakang
~Bijak mengurus masa
~Berpandangan jauh
~Bersedia untuk berubah dan fleksibel
~Berkomuknikasi dengan berkesan

 Peringkat-peringkat Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran
Dalam konteks pengurusan pengajaran dan pembelajaran, peringkat-peringkat pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah berkaitan persediaan guru:
i)  Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran
ii)  Semasa proses pengajaran dan pembelajaran
iii)  Selepas proses pengajaran dan pembelajaran

i)   Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran
Sebagai seorang guru yang berhadapan dengan murid-murid pelbagai budaya, guru perlu membuat persediaan rapi sebelum memulakan sesi pengjaran dan pembelajaran. Persediaan sebelum pengajaran dan pembelajaran termasuk merancang pelaksanaan pengajaran melalui penulisan Rancangan Pengajaran Harian meliputi aspek-aspek:
~Hasil pembelajaran yang tepat
~Kaedah pengajaran yang sesuai dengan kepelbagaian budaya murid
~Sumber pengajaran yang mencukupi
~Bahan bantu mengajar yang berkesan
~Langkah-langkah proses pengajaran yang jelas

(a)  Penggunaan Bahan Bantu Mengajar              
Pengurusan pengajaran dan pembelajaran bermula dengan perancangan dan penyediaan bahan bantu mengajar yang sesuai. Penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai dan berkesan sangat penting untuk membantu guru menerangkan konsep abstrak yang sukar kepada para pelajar. ” Mengguna alat bantu mengajar (ABM) dapat membantu menerangkan sesuatu konsep” (Hiebert, Weame & Taber, 1991; Kozma, 1991). Contoh-contoh bahan bantu mengajar seperti bahan maujud, gambar, pengursan grafik, peta minda, gambarajah, radio, komputer, video, kad imbasan, gambarajah, akhbar, majalah, audio visual, model, prototaip atau bahan-bahan sejarah. Ciri-ciri bahan pengajaran efektif pula berbentuk maujud, praktikal, selamat digunakan dan guru dapat menggunakan bahan tersebut untuk menerangkan konsep abstrak yang sukar difahami dengan berkesan.

Seorang guru yang kreatif akan menyesuaikan bahan bantu mengajar dengan isi pelajaran agar murid  mudah menguasai konsep abstrak yang  kompleks. Ini diakui oleh Mayer & Gallini, (1990); “Guru perlu menerangkan dengan jelas dan memberi contoh-contoh yang berkaitan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran. Manakala Slavin (1994) menyarankan guru perlu menyediakan pengajaran yang boleh menarik minat dan menyeronokkan pelajar dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan alat bantu mengajar (ABM).

(b)  Pemilihan Sumber Pengajaran
Guru yang bersedia dengan maklumat dari pelbagai sumber bukan sahaja berjaya memberi penerangan yang jelas kepada pelajarnya tetapi juga mampu membuat perkaitan antara idea-idea, mencadangkan pemikiran baru dan mencabar pelajar untuk berfikir pada aras tinggi.
Sumber- sumber pembelajaran yang boleh digunakan seperti buku teks, buku rujukan, internet, maklumat akhbar, majalah, rancangan radio dan televisyen, jurnal , prospektus, phamplets and brochures, laporan penyelidikan, statistik rasmi, Akta, Arahan Perbendaharaan termasuk  sumber hasil temubual dan soal selidik. Sumber yang tepat, sesuai, dan mencukupi mampu mencabar minda pelajar seterusnya menarik minat mereka untuk memahami isi pelajaran dengan  lebih berkesan.  Semasa merancang pengajaran, saya mendapatkan seberapa banyak input daripada pelbagai sumber sebelum memulakan setiap sesi pengajaran .

ii)   Semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran     
(a)   Strategi Pengajaran Releven Pelbagai Budaya

Pemilihan strategi pengajaran yang tepat juga mampu membuatkan penyampaian maklumat dan pelaksanaan pengajaran menjadi lebih berkesan terutama aktiviti yang melibatkan interaksi aktif murid yang terdiri daripada pelbagai budaya dan latar belakang.
Semasa guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran guru perlu memastikan  

~Melaksanakan pengajaran seperti yang dirancang
~Mengenalpasti prosedur penilaian pembelajaran murid yang sesuai
~Menerapkan nilai-nilai kepelbagaian budaya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
~Menyediakan suasana bilik darjah yang kondusif dari segi psikososial dan fizikal
untuk murid-murid yang mempunyai latar belakang berbeza
~Mengurus disiplin murid dengan mengambilkira kepelbagaian kelompok murid
~Mengendalikan aktiviti pemulihan dan pengayaan

iii)   Selepas Proses Pengajaran dan Pembelajaran             
Seterusnya proses penilaian dan pengukuran perlu dilaksanakan oleh guru untuk mengetahui keberkesanan pengajaran.  Penilaian prestasi merupakan satu proses meliputi aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi, aktiviti, hasil dan impak pengajaran dan pembelajaran bagi membuat analisis untuk memastikan pelajar telah menguasai kemahiran yang disampaikan oleh guru. Guru juga dapat merancang aktivti selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan dan mengambil tindakan susulan.

Keberkesanan sesuatu proses pengajaran tidak dapat dipastikan tanpa proses penilaian oleh guru semasa dan selepas pengajaran berlaku. Penilaian dilaksanakan berperanan untuk:
•  Mengesan perkembangan penguasaan murid dan mengenal pasti kekuatan dan  kelemahan murid dalam pembelajaran untuk merancang aktiviti pengayaan dan pemulihan
•  Mengenal pasti keberkesanan pengajaran guru supaya membolehkan guru memperbaiki pengajaran selanjutnya
• Mengambil tindakan susulan untuk mengatasi kelemahan & meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.
Setelah guru selesai menyempurnakan proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu memperuntukkan masa membuat refleksi terhadap pelaksanaan pengajarannya. Langkah ini adalah penting untuk mengkaji keberkesanan pengajaran guru dalam aspek pemilihan strategi pengajaran, penggunaan bahan bantu mengajar, maklumat dan sumber pengajaran, tahap pencapaian murid dan keberkesanan komunikasi guru-murid.

Rumusan
Kesimpulannya, kajian pembelajaran dan pengajaran pelajar oleh tokoh-tokoh ilmuan yang terkenal seperti yang dinyatakan amat penting dan setiap individu ada pendapat masing-masing. Oleh itu, kajian yang dilakukan amat berkesan bagi pendidik.

Rujukan



x