Bab 11 (Pengurusan
Pelbagai Budaya)
Pengenalan
Merujuk kepada Ensiklopedia Bebas Wikipedia, “pengurusan” terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan menyelaraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat manakala menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “budaya” ialah tamadun, peradaban, kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan, dan sebagainya). Budaya juga bermaksud suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai. Manakala menurut Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying et al, budaya dimaksudkan sebagai cara hidup manusia dari segi pemikiran, kepercayaan dan perlakuan dalam sesuatu masyarakat yang diterima oleh ahli atau anggotanya serta diwarisi secara turun-temurun. Dengan itu, konsep kepelbagaian budaya murid adalah konsep pendidikan yang memberi peluang pendidikan kepada semua murid yang berbeza daripada aspek etnik, keturunan, bahasa, adat resam dan budaya untuk mendapat pendidikan yang adil dan sama rata dan berinteraksi serta memahami setiap rakan dalam bilik darjah dengan baik.

1. Peranan Sekolah
- Sekolah perlu memainkan peranan yang penting dalam menonjolkan nilai-nilai murni dengan mewujudkan suasana yang memberangsang dan budaya sekolah yang positif (Zakaria Kasa, Abdul Rahman Md. Aroff, Abdul Majid Isa dan Rahil Hj. Mahyuddin, 1996).
- Tanggungjawab guru adalah penting dalam menjayakan aspek penerapan nilai mumi dan penghayatan nilai mumi. Mereka hendaklah terlebih dahulu mengamal dan menghayati nilai mumi hendak diajar (Zakaria Kasa, Abdul Rahman Md. Aroff, Abdul Majid Isa dan Rahil Hj. Mahyuddin, 1996).
- Lickona (1991) menjelaskan tentang tanggungjawab guru sebagai model penerapan nilai mumi, iaitu guru perlu menjadi penjaga, model dan mentor, mencipta komuniti moral, mengamal disiplin moral, membina kelas yang bercirikan demokrasi, mengajar nilai merentas kurikulum, menggunakan pembelajaran kooperatif, membina 'conscience of craft', memupuk keprihatinan melangkaui batas kelas, membina budaya moral yang positif di sekolah, dan jadikan ibu bapa sebagai rakan kongsi.
2. Persekitaran dan Budaya Sekolah
- Budaya sekolah merangkumi seluruh persekitaran diri pelajar di sekolah. Faktor keadaan persekitaran sekolah boleh memberi kesan kepada pembentukan tingkah laku (Rusni Mohd. Nor, 2005).
- Persekitaran ini bercorak fizikal dan bukan fizikal. Persekitaran yang menggalakkan dan menyokong dapat melahirkan kesan positif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran serta penghayatan nilai-nilai murni. Dengan cara itu, usaha untuk pembentukan akhlak dan sahsiah pelajar dapat berjalan dengan lancar dan berkesan (Pusat Perkembangan Kurikulum, l 992).
3. Cabaran Pelbagai Budaya
- Di sekolah kebangsaan yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik atau bangsa merupakan satu cabaran kepada guru untuk menangani isu kepelbagaian pemikiran, kepercayaan dan agama agar mewujudkan suasana bilik darjah yang produktif dan mesra budaya.
- Perancangan dan perlaksanaan rapi perlu dibuat supaya pendidikan pelbagai budaya berkesan dan bermakna kepada semua pelajar.
- Banyak cara yang boleh dilakukan untuk menangani isu kepelbagaian budaya. Antaranya ialah:
- Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai peneraju sistem pendidikan negara dan memastikan sokongan dan pembiayaan secara adil kepada sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah mubaligh, sekolah vokasional dalam usaha bersama untuk meningkatkan taraf pendidikan negara.
- Pihak kerajaan juga perlu memastikan supaya setiap pelajar yang berkelayakan mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam tanpa mengira latar belakang.
- Pihak yang berkenaan juga perlu menyediakan biasiswa merit dan bantuan kewangan lain berasaskan keperluan dengan keutamaan kepada pelajar miskin dari kawasan luar bandar dan pedalaman.
Rumusan
Kesimpulannya, kepelbagaian budaya (multicultural) yang wujud dalam kehidupan manusia adalah suatu hakikat yang perlu diterima dan difahami dengan sebaik-baiknya oleh setiap individu termasuklah dalam kalangan pelajar. Kepelbagaian dari sudut etnik, agama, bahasa, gender, status ekonomi dan keupayaan fizikal dan mental perlu diketengahkan terutamanya menerusi proses pendidikan pelbagai budaya (PPB). Penerapan PPB dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting bagi membentuk masyarakat majmuk yang bersatu padu dan mampu hidup harmoni. Menerusi isi pelajaran dan teknik pedagogi dan pendedahan yang kreatif oleh kalangan guru dan pentadbir sekolah, matlamat akhir untuk mencapai hasrat dasar pendidikan negara akan boleh direalisasikan.

Rujukan
Najeemah Mad Yusof. (2006). Konsep Pendidikan. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Diperoleh daripada https://books.google.com.my/books?id=Md5RjASA7qMC&pg=PA30&lpg=PA30&dq=pendidikan+pelbagai+budaya&source=bl&ots=0_8WULAxy0&sig=0UKPOsyfV8cAmFKBtyBdFgEVfIM&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwjiwceOlrveAhXJrI8KHWkVCJoQ6AEwAXoECAMQAQ#v=onepage&q=pendidikan%20pelbagai%20budaya&f=false.
Ab. Halim Tamuri & Nur Hanani Hussin. (2017). Pembelajaran abad ke 21 dalam kepelbagaian budaya: harapan dan cabaran.
Diperoleh daripada https://www.researchgate.net/publication/320858903_Pendidikan_Abad_ke_21_Dalam_Kepelbagaian_Budaya_Cabaran_dan_Harapan
Mohamad Khairi Othman & Asmawati Suhid. (2010). Peranan sekolah dan guru dalam pembangunan
nilai pelajar menerusi penerapan nilai mumi: satu sorotan. Diperoleh
daripada http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/23385/Artikel_9.PDF
No comments:
Post a Comment