Bab 5 (Pengurusan Murid)
Pengurusan
murid merupakan salah satu bahagian yang sangat penting dalam pentadbiran
sekolah. Hal ini demikian kerana, pengurusan murid ini berkaitan dengan usaha
untuk melahirkan murid yang berkualiti dan mampu membawa perubahan terhadap
negara dalam pelbagai aspek pada suatu hari nanti. Selain itu, pengurusan murid
ini perlulah dilakukan dengan sistematik kerana ianya mampu mencapai matlamat
dan objektif yang ingin dilakukan.
Tugas bagi menguruskan berkaitan murid ini
dikendalikan oleh Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid yang berkaitan dengan
aspek disiplin, ko-kurikulum, kurikulum dan aspek yang lain melalui peranannya
sebagai pemaju, pembina, pembantu, perancang, pemudah cara, penyelaras,
pengawal, penawar, dan kaunselor yang boleh membantu memudahkan pengurusan
murid.
Sememangnya,
pengurusan murid dapat melahirkan murid yang berkualiti dari pelbagai aspek
seperti kognitif, afektif dan psikomotor. Dalam pada itu, pengurusan murid juga
sangat membantu murid untuk sentiasa konsisten dalam proses pengajar oleh guru
dalam kelas. Selain itu, guru juga dapat merancang dengan baik bagi
melaksanakan proses PdPc dalam kelas dan pada masa yang sama dapat menarik
minat pelajar untuk belajar.
MENGURUS
REKOD MURID
Mengurus
rekod murid ini merupakan salah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh
guru. Pengurusan rekod murid dikaitkan dengan aktiviti mencatat bidang
pengurusan yang bertanggungjawab untuk menjaga, bersistematik mengawal
penciptaan, penerimaan, penggunaan dan ciri rekod termasuklah proses menjaga
dan memelihara bukti dan maklumat murid ke dalam bentuk rekod.
Terdapat
beberapa perkara yang harus dipertimbangkan semasa menghasilkan rekod:
1. Rekod pelajar:
- Tujuan, aspek, perincian dan juga pertimbangan yang praktikal.
- Sebelum membuat rekod murid. (Menjalankan pentaksiran mengenai persekitaran seseorang murid yang merangkumi aspek persekitaran, perkembangan, kemajuan, kesihatan dan tingkah laku).
- Perlu dikemaskini dari semasa ke semasa.
- Melibatkan rekod kerja di dalam kelas serta markah dan kemajuan yang dicapai oleh setiap pelajar.
- Dapat membantu guru menyedari perlunya bahan tambahan ataupun bahan lain dengan cepat.
- Liputan setiap topik dalam sukatan boleh disemak dengan mengumpul dan sentiasa merujuk rekod kerja.
- Kehadiran pelajar direkodkan di dalam buku daftar kehadiran
- Salinan Jadual Waktu Persendirian, termasuk analisis mata pelajarannya
- Salinan Sukatan Pelajaran bagi mata pelajarannya yang diajarnya.
- Salinan kertas soalan peperiksaan dan keputusan peperiksaan, termasuk ujian bulanan bagi tiap-tiap kelas yang diajarnya turut dimuatkan selain perancangan pengajaran mengikut tahunan, mingguan dan harian.
- Buku Rekod Mengajar mesti diisi mengikut perancangan pengajaran harian sebelum masuk ke dalam kelas.
KESEDIAAN
MURID BELAJAR
· Kesediaan
Murid Belajar merupakan keadaan dalam individu yang bersedia dan berupaya untuk
mempelajari sesuatu dengan tujuan memperolehi pengalaman pembelajaran yang
baru. Apa jua perkara yang dapat disampaikan secara berkesan kepada kanak-kanak
pada bila-bila peringkat perkembangannya (Brunner, 1966).
·
Piaget
(1966) megaitkan kesediaan belajar dengan peringkat perkembangan kognitif
kanak-kanak. Kesediaan ini berkaitan dengan peringkat perkembangan intelek
seperti berfikir, menaakul, menganalisis, mensintesis dan menilai.
·
Terdapat
tiga jenis kesediaan belajar:
- Kesediaan kognitif
o
Berkait
rapat dengan mental untuk memahami dan
juga berfikir.
o
Perkembangan
mental bergantung kepada umur seseorang.
- Kesediaan afektif
o
Merujuk
kepada sikap, keinginan, ketekunan, perasaan, minat dan nilainya untuk menerima
pelajaran yang disampaikan.
o
Pelajar
yang bersikap positif dan berminat terhadap pelajaran akan memainkan peranan
yang aktif dan agresif dalam aktiviti itu.
- Kesediaan psikomotor
·
Merujuk
kepada penguasaan kemahiran yang berpusat kepada tindakan fizikal termasuklah
perkembangan fizikal iaitu fungsi
anggota dan pengawalan penyelarasan penggerak di dalam seluruh tubuh badan.
MEMOTIVASIKAN
MURID
Motivasi
merupakan rangsangan yang membangkitkan minat seseorang individu ke arah
mencapai sesuatu matlamat tertentu. Tingkah laku yang berpusatkan pada sesuatu
perkara, dan mampu menghasilkan kepuasan secara berulang-ulang. Naluri ingin
tahu mencetuskan tingkah laku seperti ingin mencuba, menjelajah, mencipta dan
mereka bentuk. Dari segi desakan melibatkan tindakan disebabkan oleh keperluan
fisiologi, keperluan melibatkan
keinginan memenuhi kekurangan fisiologi dan
psikologi. Sikap pula dibentuk daripada kefahaman perasaan dan tindakan,
harapan iaitu ramalan subjektif selaras dengan kognitif, aspirasi iaitu
penilaian yang subjektif terhadap tugas yang dilaksanakan.
Konsep
Motivasi
Tingkah
laku untuk mencapai keinginan dalam diri akan membangkitkan respond untuk mencapai
tujuan yang ingin dicapai pada akhirnya. Bantuan daripada guru menyebabkan murid
sentiasa berusaha bersungguh-sungguh.
1. Teknik Intrinsik:
·
Dorongan
dalaman dan minat yang terdapat pada diri seseorang untuk melakukan sesuatu
tanpa memikirkan ganjaran.
·
Berkaitan
dengan sifat semula jadi seseorang dengan unsur yang sedia ada dalam proses
pembelajaran.
·
Dikaitkan
dengan naluri ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan seseorang. (Bruner,
1966)
·
Contoh:
bermain piano atau menggubah lirik lagu
·
Diwujudkan
secara semulajadi tetapi boleh terbentuk dari pengalaman dan pembelajaran.
·
Contoh:
tabiat membaca buku cerita dan bermain alat muzik
2. Teknik Ektrinsik:
·
Diwujudkan
daripada rangsangan luaran dengan tujuan menggerakkan seseorang untuk melakukan
sesuatu aktiviti yang akan membawa faedah kepadanya.
Kesimpulannya,
pengurusan murid sangat penting dalam merancang sesuatu PdPc terutamanya bagi
merancang perjalanan setiap PdPc itu agar ianya akan berjalan dengan lancar.
Rujukan
Muhamad Aizat. (2017). Pengurusan murid. Diperoleh daripada http://muhamadaizat.blogspot.com/p/pengurusan-murid.html.
No comments:
Post a Comment