Bab 10 (Pengurusan Penasihatan Murid)
PENDAHULUAN
Definisi pengurusan tingkah
laku dan disiplin,
“Nasihat yang diberikan
merupakan kaedah menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang
terlibat. Kaedah ini merupakan satu cara yang mudah untuk mengelakkan diri
daripada memahami, memeriksa, dan menjelajah masalah yang dihadapi” (Zuraidah,
1994).
Manakala menurut Othman
Mohamed (2000) pula, bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong.
Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta menentukan agar sesuatu
matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya.
ISI PENTING
KOMPONEN PENGURUSAN PENASIHATAN MURID
1. Kompenen
pengurusan penasihatan murid terbahagi kepada tiga:
-Bimbingan
-Penasihatan
-Mentoring
l
BIMBINGAN
Konsep bimbingan :
-Bantuan seseorang yang memiliki peribadi dan
pendidikan yang memadai kepada seseorang individu dari setiap peringkat usia.
Tujuannya adalah untuk menolong mengarahkan hidupnya sendiri, membuat
pilihannya sendiri dan menanggung akibatnya sendiri (Crow & Crow 1960).
-Satu proses menolong individu untuk memahami diri dan
alam sekelilingnya (Shertzer & Stone 1971).
-Proses yang profesional dan bersistematik yang
bertujuan untuk menolong individu melalui pendidikan (Mathewson 1962).
Ciri-ciri bimbingan :
1. Bimbingan
merupakan aktiviti yang dirancang. Ia bukanlah kegiatan yang dilakukan secara
kebetulan, secara tiba-tiba, tidak sengaja dan sambil lewa tetapi ia adalah
satu kegiatan yang tersusun, sengaja, berencana, berterusan dan mempunyai arah
tujuan.
2. Bimbingan
merupakan proses membantu individu atau kumpulan.
3. Bimbingan
tidak memaksa seseorang itu mengikut arah yang tertentu, melainkan membantu
atau menolong individu mengikut arah yang sesuai dengannya.
4. Bimbingan
yang diberikan kepada individu yang memerlukan bantuan untuk memecahkan
permasalahan yang dihadapinya.
l PENASIHATAN
Konsep bimbingan :
-Memberi nasihat ialah strategi menyelesaikan masalah
tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat (Zuraidah 1994).
-Nasihat digunakan bagi menyediakan klien dengan
maklumat baru dan berguna (Gibson & Mitchell 1999).
-Nasihat ialah ajaran, petunjuk yang baik, peringatan
mengusulkan, mengesyorkan atau menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai
hal (Kamus Dewan).
Ciri-ciri penasihatan :
1. Berfokus
kepada permasalahan yang dihadapi daripada menumpukan kepada diri individu yang
bermasalah.
2. Berbentuk
arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti kepada
seorang lain. Orang yang berautoriti ini adalah lebih berpengalaman, banyak
pengetahuan, mempunyai kelayakan dan pengiktirafan.
3. Memberi
nasihat adalah strategi yang paling cepat untuk mengatasi permasalahan jika
nasihat itu meninggalkan kesan.
l MENTORING
Konsep mentoring :
Mentoring bermaksud membimbing dan menyokong pelajar
(mantee) supaya beliau dapat melalui satu transisi sukar dengan lebih mudah,
tentang melicinkan tatacara, yang dapat membenarkan, menyakinkan di samping
mengurus dan mengarahkan (Fletcher
2000).
Ciri-ciri mentoring :
1. Mementingkan
perkembangan personal dan professional mentee yang berterusan
2. Untuk
memudahkan sesuatu transisi dan memastikan berlaku perkembangan positif.
3. Bertindakbalas
terhadap kelebihan individu, nilai dan keperluan mentor dan mantee.
4. Bertimbang
rasa dan akur kepada kesilapan yang sukar dielakkan.
5. Menerima
kesilapan yang boleh diterima dan yang tidak.
PROSES BIMBINGAN DAN PENASIHATAN
FASA 1: KESEDARAN GURU SEBAGAI PEMBIMBING DAN
PENASIHAT PELAJAR
l Penekanan
haruslah diberikan kepada guru yang mengajar pelajar kerana mereka lebih rapat
dan arif mengenai pelajar-pelajar mereka berbanding guru yang tidak mengajar.
l Mereka
perlu disedarkan tentang kepentingan perkhidmatan bimbingan dan penasihatan
sebagai pengelola dan sumber rujukan pelajar.
FASA 2: MENGUASAI KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN
DAN PENASIHATAN
l Pada
tahap ini, semua guru dibantu dan diterapkan dengan beberapa kemahiran asas
bimbingan dan penasihatan melalui kursus, seminar dan bengkel khas.
l Antara
kemahiran-kemahiran yang dicadangkan iaitu;
-Kemahiran perkembangan personaliti
-Kemahiran melayan dan kemahiran mendengar
-Kemahiran lisan (verbal) dan bukan lisan (non verbal)
-Kemahiran mengenal pasti pelajar yang bermasalah
-Kamahiran asas teori dan teknik kaunseling dalam
proses menolong.
l Penguasaan
kemahiran-kemahiran ini boleh dijalankan secara berperingkat dan merupakan asas
menjadi guru pembimbing yang berkesan.
FASA 3: PROSES MENGENALI PELAJAR
l Secara
umumnya, pelajar yang memerlukan bimbingan ini dapat dibahagikan kepada tiga
kategori utama iaitu :
-Pelajar yang datang secara sukarela
-Pelajar yang di bawah pemerhatian
-Pelajar yang dikenalpasti sendiri oleh guru-guru
sebagai memerlukan bimbingan melalui pemerhatian dan diagnosis
l Antara
teknik atau kaedah yang boleh digunakan oleh guru untuk tujuan mengumpul
maklumat tentang pelajar yang menerima perkhidmatan bimbingan ini ialah teknik
ujian, temubual, soal selidik, teknik sosiometrik, teknik skala pemeringkatan,
teknik autobiografi dan rekod kesihatan.
FASA 4: PROSES MEMBIMBING PELAJAR
l Pelajar
memerlukan perhatian yang khusus, guru pembimbing lebih dapat mendekati pelajar
melalui bimbingan secara individu kerana pelajar merasakan dapat diberi
perhatian sepenuhnya oleh guru.
l Manakala
bimbingan kelompok melibatkan pelajar-pelajar yang mempunyai masalah yang sama
seperti program yang berbentuk motivasi, kemahiran pelajar, dan personal.
l Terdapat
enam tahap dalam proses membimbing pelajar, iaitu:
1. MEMBINA
HUBUNGAN
2. PENEROKAAN
3. DEFINISI
MASALAH DAN MEMBINA MATLAMAT
4. ALTERNATIF
PENYELESAIAN DAN PELAN TINDAKAN
5. MELAKSANAKAN
TINDAKAN
6. PENAMATAN
FASA 5: ANALISIS PENILAIAN
l Fasa
ini melihat keberkesanaan perhubungan bimbingan dan penasihatan itu sama ada
berkesan atau tidak berkesan.
l Hasil
analisis ke atas pelajar dibahagikan kepada dua kategori iaitu berjaya
dibimbing atau tidak berjaya dibimbing.
l Keputusan
dari fasa ini akan dijalankan ke dalam fasa berikutnya jika perlu.
RUMUSAN
Kesimpulannya,
bimbingan, penasihatan, dan mentoring merupakan kaedah-kaedah yang boleh
digunakan untuk membantu pelajar-pelajar dalam aspek-aspek pembelajaran dalam
kehidupan,Ketiga-tiga kaedah ini dikenalpasti sebagai satu strategi untuk
membangunkan diri pelajar secara menyeluruh dan antara tujuan utama adalah
untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar serta memotivasikan pelajar.
RUJUKAN
Tiwi Kamidin (2004). Pendekatan sistem mentor dalam pengurusan tingkah
laku bermasalah. Jurnal Penyelidikan
MPBL, 5(1), 1-10. Diperoleh daripada
http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/jurnalpapers/Jurnal2004/tiwi2004.pdf
No comments:
Post a Comment