Bab
3 (Kajian Pengajaran Dan Pembelajaran Pelajar)
Pengenalan
“Pengajaran” atau “pedagogi” bermaksud bagaimana seseorang guru menyampaikan
pelajaran atau ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajarnya. Ia merupakan satu proses daripada persediaan
untuk mengajar, melakukan pengajaran, menilai kembali apa yang telah diajar
serta melakukan tindakan susulan bagi menyempurnakan proses pengajaran itu.
Pengajaran juga adalah rancangan guru yang sistematik untuk membimbing pelajar
menjalankan aktiviti pembelajaran.
Pengajaran juga boleh didefinisikan sebagai
rancangan guru yang sistematik untuk membimbing pelajar menjalankan aktiviti
pembelajaran. Santrock J.W dalam bukunya Educational
Psychology: A Tool for Effective Teaching menyatakan bahawa pengajaran
berkesan bergantung kepada 2 faktor utama iaitu: pengetahuan profesional guru
dan komitmen guru yang berupaya merancang pengajaran tersusun dengan cemerlang
(excellent instructional planning).
Pembelajaran ialah proses perubahan struktur
mental yang membina keupayaan tingkah laku yang berbeza. Dari sudut kognitif, pembelajaran boleh
berlaku tanpa perubahan tingkah laku yang segera. Perubahan struktur mental
yang berlaku melibatkan perubahan skema, kepercayaan, jangkaan dan matlamat. Proses pembelajaran yang berlaku secara berterusan
akan membawa perubahan tingkah laku. Contohnya, seseorang murid akan mula
menguasai kemahiran membaca setelah proses pembelajaran berlaku secara berulang-ulang
dan berterusan. Penguasaan dan pemahaman terhadap sesuatu fakta akan mudah
dikuasai apabila proses pembelajaran dibantu dengan pelbagai bahan bantu
mengajar sebagai bahan rangsangan seperti gambarajah, jadual, carta, gambar dan
lain-lain alat bantu yang memudahkan murid-murid menghubungkaitkan maklumat.
Ciri-ciri Guru Berkesan
Salhah Abdullah (2006) dalam bukunya Guru
Sebagai Fasillitator menegaskan bahawa "guru sebagai fasilitator berperanan
sebagai perancang, pengurus dan pelaksana perlu berpandukan prinsip pengurusan
yang sistematik. Prinsip perancangan perlu tepat diikuti dengan prinsip
penyampaian yang sesuai dan disusuli dengan prinsip tindakan yang tepat”.
- Untuk menyampaikan maklumat berbentuk ilmu pengetahuan
- Membolehkan pelajar menguasai kemahiran kogintif, afektif dan psikomotor.
- Membantu pelajar memiliki nilai dan sikap yang sihat.
- Menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif.
- Membantu pelajar supaya boleh berdikari
Konsep Pembelajaran
Pengurusan
Pengajaran dan Pembelajaran
Pengurusan proses-proses seperti merancang,
melaksana, menilai dan membuat tindakan susulan termasuk penambahbaikan.
Manakala pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah berkaitan aspek-aspek
berikut:
~ Merancang pengajaran
dan pembelajaran dengan berkesan dengan mengambilkira latar belakang murid yang
berbeza.
~ Melaksana pengajaran
dan pengajaran seperti yang telah dirancang dan membuat pengubahsuaian semasa
jika perlu.
~ Menilai keberkesanan
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
~Membuat tindakan
susulan berdasarkan penilaian yang telah dibuat termasuk membuat penambahbaikan.
Pengurus Pengajaran dan Pembelajaran dalam
Kelas Pelbagai Budaya:
Seorang
guru yang mengurus pengajaran dan pembelajaran juga boleh digelar ‘pengurus’.
Ciri-ciri seorang pengurus pengajaran dan pembelajaran yang cekap dan berkesan termasuk
:
~Prihatin dan peka terhadap situasi
sekeliling
~Sistematik dalam merancang dan menilai
~Penyabar menghadapi kerenah murid pelbagai
latar belakang
~Bijak mengurus masa
~Berpandangan jauh
~Bersedia untuk berubah dan fleksibel
~Berkomuknikasi dengan berkesan
Peringkat-peringkat Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran
Dalam konteks pengurusan pengajaran dan
pembelajaran, peringkat-peringkat pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah
berkaitan persediaan guru:
i)
Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran
ii) Semasa proses
pengajaran dan pembelajaran
iii) Selepas proses
pengajaran dan pembelajaran
i) Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran
Sebagai seorang guru yang berhadapan dengan
murid-murid pelbagai budaya, guru perlu membuat persediaan rapi sebelum
memulakan sesi pengjaran dan pembelajaran. Persediaan sebelum pengajaran dan
pembelajaran termasuk merancang pelaksanaan pengajaran melalui penulisan
Rancangan Pengajaran Harian meliputi aspek-aspek:
~Hasil
pembelajaran yang tepat
~Kaedah
pengajaran yang sesuai dengan kepelbagaian budaya murid
~Sumber
pengajaran yang mencukupi
~Bahan
bantu mengajar yang berkesan
~Langkah-langkah
proses pengajaran yang jelas
(a) Penggunaan Bahan Bantu Mengajar
Pengurusan pengajaran dan pembelajaran
bermula dengan perancangan dan penyediaan bahan bantu mengajar yang sesuai. Penggunaan
alat bantu mengajar yang sesuai dan berkesan sangat penting untuk membantu guru
menerangkan konsep abstrak yang sukar kepada para pelajar. ” Mengguna alat
bantu mengajar (ABM) dapat membantu menerangkan sesuatu konsep” (Hiebert, Weame
& Taber, 1991; Kozma, 1991). Contoh-contoh bahan bantu mengajar seperti
bahan maujud, gambar, pengursan grafik, peta minda, gambarajah, radio,
komputer, video, kad imbasan, gambarajah, akhbar, majalah, audio visual, model,
prototaip atau bahan-bahan sejarah. Ciri-ciri bahan pengajaran efektif pula
berbentuk maujud, praktikal, selamat digunakan dan guru dapat menggunakan bahan
tersebut untuk menerangkan konsep abstrak yang sukar difahami dengan berkesan.
Seorang guru yang kreatif akan menyesuaikan
bahan bantu mengajar dengan isi pelajaran agar murid mudah menguasai konsep abstrak yang kompleks. Ini diakui oleh Mayer & Gallini,
(1990); “Guru perlu menerangkan dengan jelas dan memberi contoh-contoh yang
berkaitan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran. Manakala Slavin (1994) menyarankan guru perlu
menyediakan pengajaran yang boleh menarik minat dan menyeronokkan pelajar
dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan alat bantu mengajar (ABM).
(b) Pemilihan Sumber Pengajaran
Guru yang bersedia dengan maklumat dari
pelbagai sumber bukan sahaja berjaya memberi penerangan yang jelas kepada
pelajarnya tetapi juga mampu membuat perkaitan antara idea-idea, mencadangkan
pemikiran baru dan mencabar pelajar untuk berfikir pada aras tinggi.
Sumber- sumber pembelajaran yang boleh
digunakan seperti buku teks, buku rujukan, internet, maklumat akhbar, majalah,
rancangan radio dan televisyen, jurnal , prospektus, phamplets and brochures, laporan penyelidikan, statistik rasmi,
Akta, Arahan Perbendaharaan termasuk
sumber hasil temubual dan soal selidik. Sumber yang tepat, sesuai, dan
mencukupi mampu mencabar minda pelajar seterusnya menarik minat mereka untuk
memahami isi pelajaran dengan lebih
berkesan. Semasa merancang pengajaran,
saya mendapatkan seberapa banyak input daripada pelbagai sumber sebelum
memulakan setiap sesi pengajaran .
ii) Semasa
Proses Pengajaran dan Pembelajaran
(a) Strategi Pengajaran Releven Pelbagai Budaya
Pemilihan strategi pengajaran yang tepat
juga mampu membuatkan penyampaian maklumat dan pelaksanaan pengajaran menjadi
lebih berkesan terutama aktiviti yang melibatkan interaksi aktif murid yang
terdiri daripada pelbagai budaya dan latar belakang.
Semasa guru melaksanakan proses pengajaran
dan pembelajaran guru perlu memastikan
~Melaksanakan pengajaran seperti yang
dirancang
~Mengenalpasti prosedur penilaian
pembelajaran murid yang sesuai
~Menerapkan nilai-nilai kepelbagaian budaya dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran
~Menyediakan suasana bilik darjah yang
kondusif dari segi psikososial dan fizikal
untuk murid-murid yang mempunyai
latar belakang berbeza
~Mengurus disiplin murid dengan
mengambilkira kepelbagaian kelompok murid
~Mengendalikan aktiviti pemulihan dan
pengayaan
iii) Selepas
Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Seterusnya proses penilaian dan pengukuran
perlu dilaksanakan oleh guru untuk mengetahui keberkesanan pengajaran. Penilaian prestasi merupakan satu proses
meliputi aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi, aktiviti, hasil dan
impak pengajaran dan pembelajaran bagi membuat analisis untuk memastikan
pelajar telah menguasai kemahiran yang disampaikan oleh guru. Guru juga dapat
merancang aktivti selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan dan mengambil
tindakan susulan.
Keberkesanan sesuatu proses pengajaran
tidak dapat dipastikan tanpa proses penilaian oleh guru semasa dan selepas
pengajaran berlaku. Penilaian dilaksanakan berperanan untuk:
•
Mengesan
perkembangan penguasaan murid dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran untuk
merancang aktiviti pengayaan dan pemulihan
• Mengenal pasti keberkesanan pengajaran guru
supaya membolehkan guru memperbaiki pengajaran selanjutnya
•
Mengambil tindakan susulan untuk mengatasi kelemahan & meningkatkan lagi
proses pengajaran dan pembelajaran.
Setelah guru selesai menyempurnakan proses
pengajaran dan pembelajaran, guru perlu memperuntukkan masa membuat refleksi
terhadap pelaksanaan pengajarannya. Langkah ini adalah penting untuk mengkaji
keberkesanan pengajaran guru dalam aspek pemilihan strategi pengajaran,
penggunaan bahan bantu mengajar, maklumat dan sumber pengajaran, tahap
pencapaian murid dan keberkesanan komunikasi guru-murid.
Rumusan
Kesimpulannya,
kajian pembelajaran dan pengajaran pelajar oleh tokoh-tokoh ilmuan yang
terkenal seperti yang dinyatakan amat penting dan setiap individu ada pendapat
masing-masing. Oleh itu, kajian yang dilakukan amat berkesan bagi pendidik.
Rujukan
x
No comments:
Post a Comment