Monday, November 5, 2018

Bab 4 : Kepimpinan dan Organisasi

Bab 4 (Kepimpinan dan Organisasi)

Menurut Amerjit Singh (2017), kepimpinan adalah satu proses komunikasi dan interaksi sosial yang acapkali diperkatakan oleh masyarakat dewasa ini. Kepimpinan adalah kualiti tingkah laku individu untuk mencapai matlamat dan objektif organisasi. Kepimpinan boleh berlaku dalam kelompok mahupun kumpulan. Jelas, perilaku pemimpin dan gaya kepimpinannya melibatkan pengaruh seorang ketua terhadap ahli-ahli di bawahnya yang berada dalam kelompok yang sama bagi mencapai objektif yang telah direncanakan.

Gaya kepimpinan pula, antara lain, bergantung kepada sejauh mana seseorang pemimpin berperanan menentukan struktur tugas dan organisasi yang dipimpinnya. Gaya kepimpinan amat penting dalam mewujudkan kepuasan antara majikan dan pekerja. Malah gaya kepimpinan yang berkesan, berupaya menyuntik hubungan mesra antara majikan dan pekerja dalam sesebuah organisasi.

Terdapat beberapa jenis gaya kepimpinan termasuklah gaya kepimpinan autokratik, demokratik dan Laissez-Faire.

1. Gaya kepimpinan autokratik (Directive leadership)
  • Lebih mementingkan pengeluaran dan keuntungan dalam organisasi.
  • Seorang ketua atau majikan yang mementingkan kuasa dalam pentadbiran serta pekerja dijadikan platform untuk mencapai objektif yang telah dirancang oleh ketuanya.
  • Pemimpin gaya ini lebih cenderung untuk membuat keputusan sendiri berbanding berbincang dengan pekerja bawahannya.

2. Gaya kepimpinan demokratik:
  •      Memberi peluang kepada pekerja bawahannya untuk melibatkan diri secara langsung di dalam sistem pentadbiran organisasinya.
  •     Memberi peluang kepada setiap pekerjanya untuk memberi pendapat dan pandangan sebelum sesuatu keputusan yang diambil.
  •      Bersifat bertimbang rasa dan lebih mendengar pandangan pekerja sebelum membuat keputusan.
  •     Memfokuskan kepada hubungan antara majikan dan pekerja dalam mencapai sesuatu matlamat ataupun objektif organisasi.

3. Gaya kepimpinan Laissez-Faire:
  • Seseorang ketua mahupun majikan lebih memberi kebebasan kepada pekerjanya dalam membuat keputusan dan memberi pandangan untuk menentukan matlamat organisasi.
  • Ketua lebih gemar memberi kebebasan sepenuhnya kepada pekerjanya untuk membuat keputusan mahupun sesuatu tindakan dalam organisasi tersebut.
  • Tidak mementingkan prestasi mahupun keuntungan serta gaya kepimpinan ini tidak mengutamakan objektif sesuatu organisasi tersebut.

ORGANISASI SEKOLAH pula didefinisikan sebagai sebuah perserikatan yang berada di bawah pengurusan sekolah yang bertujuan untuk membantu menciptakan sebuah kondisi yang efektif dari kegiatan sekolah. Sedangkan organisasi sekolah adalah tentang organisasi sumber daya, peristiwa, dan personil sekolah. Organisasi secara umum merupakan sebuah perkumpulan/hubungan yang sistematis dan efektif untuk mencapai hasil yang diinginkan.

Rajah 1: Contoh rajah carta organisasi sekolah.

Kepimpinan Peringkat Sekolah:
1. PENGETUA
  • ·         Pemimpin/Ketua
  • ·         Pengurus kurikulum dan kokurikulum
  • ·         Pengurusan tenga pengajat dan kakitangan
  • ·         Pengurusan dalaman dan luaran

2. PENOLONG KANAN
  • ·         Mengajar
  • ·         Membantu pengetua dalam pengurusan kurikulum
  • ·         Bantu dalam pentadbiran harian

3. PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
  • ·         Mengajar
  • ·         Pengurusan kebajikandan disiplin pelajar
  • ·         Kemasukan dan pendaftaran pelajar
  • ·         Perhubungan awam tugas-tugas lain

4. PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM
  • ·         Mengajar
  • ·         Pengurusan kurikulum dan kokurikulum
  • ·         Perhubungan awam
  • ·         Pentadbiran harian
  • ·         Tugas-tugas lain

5. GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
  • ·         Menyusun program pelaksanaan bimbingan dan kaunseling
  • ·         Memberikan khidmat kaunseling kepada pelajar menyusun laporan
  • ·         Membuat rancangan tahunan sekolah

6. GURU KELAS
  • ·         Buku daftar kedatangan
  • ·         Pengurusan yuran khas
  • ·         Perkara-perkara akademik
  • ·         Bantuan kewangan
  • ·         Biasiswa
  • ·         Tugas-tugas lain

7. GURU
  • ·         Mengajar
  • ·         Membuat perancangan P&P
  • ·         Menjaga disiplin, keselamatan dan kebajikan murid
  • ·         Mentadbir dan mengurus bilik darjah
  • ·         Tugas-tugas lain

8. MURID
  • ·         Mematuhi dan memahami peraturan sekolah
  • ·         Menjaga dan memelihara harta benda sekolah
  • ·         Menjaga serta meningkatkan kebersihan sekolah
  • ·         Memahami susun lapis masyarakat di sekolah
  • ·         Menghormati lagu sekolah


Kesimpulannya, kepimpinan suatu kemahiran hidup yang perlu untuk menjayakan sesuatu organisasi mengikut matlamat dan objektif dengan mengambilkira faktor-faktor berkaitan. Setiap organisasi memerlukan pemimpin dan tanpa pemimpin organisasi tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Sesungguhnya, jatuh bangunnya sesebuah organisasi terletak pada keberkesanan perilaku pemimpin dan gaya kepimpinannya dalam menerajui organisasi yang di­pimpinnya.

Rujukan

Amerjit Singh. (2017, Mac 14). Perilaku pemimpin dan gaya kepimpinan. Utusan. Diperoleh daripada http://www.utusan.com.my/rencana/utama/perilaku-pemimpin-dan-gaya-kepimpinan-1.456739.
Yuli Yana. (2017). Organisasi sekolah: Manfaat, konsep, & pengertian. Diperoleh daripada https://manfaat.co.id/organisasi-sekolah-manfaat-konsep-pengertian.

No comments:

Post a Comment