Bab 7 (Pengurusan Sumber)
Dalam sesebuah pusat sumber, sumber boleh dibahagikan
kepada:
1) Perkakasan (hardware)
2) Bahan (software)
- Bahan cetak
* Buku *
Bahan Khusus * Terbitan berkala
- Bahan bukan cetak
* Perkakasan * Perisian * Carta
* Permainan * Audio * Bahan tiga segi
* Lutsinar * Video dll.
Kaedah Pembelajaran berasaskan sumber
- meliputi satu mata pelajaran tertentu atau melibatkan berbagai disiplin pelajaran
- dibimbing oleh guru dan berpusat kepada murid
- bersifat individu atau secara kumpulan
- menggunakan bahan bagi pembelajaran secara individu atau kumpulan
Komponen pembelajaran berasaskan sumber
- penggunaan buku teks
- aktiviti penelitian
- pencarian bahan dari pelbagai sumber
- latihan penyelesaian masalah
- penggunaan alat pandang dengar.
Dasar pembelajaran berasaskan sumber
- pengajaran melalui kerja projek
- pengajaran unit yang berintegrasi
- pendekatan berinterdisiplin
- pembelajaran individu secara aktif
Ciri-ciri pembelajaran berasaskan sumber
- Aktiviti pembelajaran memberi penekanan kepada sumber pendidikan.
- PBS berhasrat untuk melibatkan pelajar belajar secara aktif.
- Dengan menyajikan berbagai pendekatan tentang bahan pembelajaran, kaedah kerja dan saluran komunikasi, motivasi belajar akan dapat ditingkatkan.
- PBS memberi peluang kepada pelajar belajar mengikut keupayaan.
- PBS lebih fleksibel dalam penggunaan waktu dan ruang belajar.
- PBS boleh mengembangkan sikap yakin kepada diri sendiri dan melatih kemahiran belajar sepanjang hayat.
Penekanan dan pelaksanaan pembelajaran berasaskan
sumber
- Pengetahuan pelajar
- Tujuan Pembelajaran
Objektif pembelajaran boleh diperjelaskan melalui:
Ø
huraian tentang apa yang akan dipelajari
Ø
diskusi dan bertukar-tukar fikiran
Ø
kegiatan-kegiatan yang menggunakan berbagai sumber
Ø
kegiatan-kegiatan melalui kunjungan dan lawatan
Ø
kegiatan-kegiatan kreatif seperti drama, seni lukis
dan muzik
- Memilih kaedah dan strategi pendekatan
- Cari, kumpul dan pilih bahan
- Penyediaan tempat untuk beraktiviti
- Bimbingan dan tunjuk ajar dari guru
No comments:
Post a Comment