Monday, November 5, 2018

Bab 1 : Sosiologi dan Pembelajaran


Bab 1 (Sosiologi dan Pembelajaran)

Pengenalan
  • Sosiologi dapat didefinisikan sebagai kajian mengenai kehidupan sosial, perubahan sosial, dan sebab-sebab sosial dan akibat dalam tingkah laku manusia (American Sociological Association, 2006). Sosiologi merupakan kajian saintifik mengenai masyarakat dan tingkah laku manusia. Sosiologi juga merupakan kajian sistematik dan saintifik tentang interaksi manusia dalam masyarakat dari pelbagai sudut.


Perspektif Sosiologi
~Disiplin sosiologi mempunyai perspektifnya yang tersendiri tentang masyarakat dan tingkahlaku sosial.
~Tumpuan perspektif sosiologi adalah pada tingkah laku masyarakat, memahami corak interaksi dan proses kelompok.
~Ia meliputi dua bidang:

1.   Mikro
  • Mikro sosiologi bersifat kecil dan individu.
  • Misalnya, masalah penagihan dadah adalah masalah individu

2.   Makro
  • Makro sosiologi bersifat besar dan corak organisasi dan kompleks seperti peperangan, pengangguran.
  • Boleh menyebabkan masalah kecurian dalam masyarakat (makro).

Terdapat teori lahir daripada masyarakat yang menjadi objek dan subjek dalam kajian.

3 teori utama: Fungsionalisme, Konflik dan Interaksionisme
1.   Teori Fungsionalisme - Auguste Comte (1798-1857)
  • Mengkaji perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat.
  • Masyarakat dianggap seperti tubuh yang mempunyai bahagian dengan fungsi tersendiri. [ada tujuan dan keperluan tertentu].
  • Struktur sosial akan menentukan kelancaran keharmonian dan perjalanan masyarakat.


2.   Teori Konflik - Karl Marx (1818-1883)
  • Menganalisis konflik-konflik dalam masyarakat.
  • Berlaku konflik dalam struktur masyarakat.
  • Mengkritik kapitalisme.
  • Persoalan mengenai sama ada struktur-struktur masyarakat seperti ekonomi, pendidikan, politik, sosial dan agama membawa kesejahteraan kepada manusia atau sebaliknya.


3.   Teori Interaksionisme Simbolik - George Herbert Mead (1863-1931)
  • Bagaimana seseorang menginterpretasikan dan bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam masyarakat.
  • Mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif
  • Melihat bagaimana makna yang simbolik digunakan dalam interaksi manusia
  • Kepentingan memahami simbolik mengikut konteks penggunaannya
  • Kepentingan memahami simbolik mengikut konteks penggunaannya
  • Makna yang simbolik berguna semasa interaksi di mana makna-makna berkenaan menyebabkan hubungan bertambah mesra
  • Interaksi sosial amat penting dalam menghubungkan manusia dengan dunia luar



MAKSUD PENDIDIKAN
1)   Barat -John Dewey - satu proses perkembangan individu.
2)  Pendidikan merupakan usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan semula jadi yang ada padanya, supaya dapat hidup dengan lebih berguna dan lebih selamat lagi.
3) llmuan Islam - Syed Muhammad Qutb- proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang.
4) Tujuan utama pendidikan ialah untuk memperkembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani manusia ke arah kesempurnaan.
5) Kita boleh melihat pendidikan dari pelbagai perspektif
6) Tidaklah mustahil sekiranya terdapat kelainan antara tafsiran konsep ‘pendidikan’ dari setiap INDIVIDU, termasuklah anda sendiri kerana setiap seorang akan mentafsir pendidikan berdasarkan pengalamannya.
7) Kita boleh melihat pendidikan sebagai satu ‘proses’ dan sebagai suatu ‘produk’ (hasil).
8) Dari segi proses, pendidikan bererti bagaimana seseorang itu diasuh dan diajar; dan kesannya adalah berlaku pembelajaran, iaitu pertambahan pengetahuan dan kemahiran serta perubahan cara berfikir seseorang.

1.   Perspektif Sosiologi
  • Pendidikan dilihat sebagai satu proses sosialisasi, iaitu bagaimana ahli masyarakat, terutama generasi muda, diajar dan diasuh secara formal atau tidak formal untuk menerima pengetahuan, kemahiran, norma dan nilai sosial, kedudukan dan peranan masing –masing dalam konteks sesuatu masyarakat itu.
  • Pendidikan juga dilihat sebagai proses ‘pemilihan’ (selection) yang menentukan kedudukan atau status seseorang dalam susun lapis sosio-ekonomi masyarakat itu: lebih tinggi pendidikan seseorang lebih tinggi statusnya dalam masyarakat.


2.   Perspektif Antropologi
  • Pendidikan sebagai proses pembudayaan (enculturation) di mana ahli sesuatu masyarakat mempelajari dan menerima kepercayaan, nilai-nilai, norma, cara bertindak yang dianggap sesuai dalam masyarakat itu.
  • Seseorang yang berbudaya ialah seseorang yang menghayati dan mengamalkan nilai dan tingkah laku yang ‘baik’ dalam masyarakat itu.
  • Dari perspektif ini, proses dan hasil pendidikan oleh sesebuah masyarakat yang percaya dan memberi tumpuan kepada pendidikan sains dan teknologi adalah berbeza dengan masyarakat yang mementingkan pendidikan agama dan tatasusila.


3.   Perspektif Ekonomi
  • Pendidikan sebagai satu ‘pelaburan’ (investment), atau sebagai satu ‘consumption’.
  • Pelaburan dalam pendidikan bererti membelanjakan wang, masa dan tenaga untuk mendapat pendidikan dan latihan. Ilmu dan kecekapan yang diperoleh dijangka akan membawa pulangan menguntungkan pada masa hadapan, melalui pekerjaan yang lebih baik, produktiviti dan pendapatan yang lebih tinggi.
  • Pendidikan sebagai ‘consumption’ pula menganggap proses dan hasil mencari ilmu pengetahuan itu hanyalah untuk kepuasan rasa ingin tahu atau riadah saja.


4.   Perspektif Sains Politik
  • Pendidikan sebagai proses bagaimana sesebuah negara itu mendidik dan membina warga negaranya supaya mempunyai sikap dan nilai patriotisme, mengetahui tentang hak dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara.
  • Kita boleh melihat pendidikan di negara Jepun berjaya melahirkan rakyatnya yang bangga dengan negara Jepun, begitu juga Amerika Syarikat, Indonesia, Britain dan Singapura.
  • Negara kita Malaysia juga mendidik generasi muda supaya memahami aspirasi negara kita misalnya memahami Rukun Negara, tata susila dan undang-undang negara kita.
  • Murid-murid belajar sejarah dan geografi negara Malaysia, menyanyi lagu ‘Negara-ku’, mengibar Jalur Gemilang, menghormati Yang Di- Pertuan Agong, dan sayang kepada alam sekitar negara kita.
  • Kita dididik secara langsung dan tidak langsung supaya berasa bangga menjadi rakyat Malaysia.

5.    Perspektif Psikologi Pendidikan
  • Akar psikologi melihat pendidikan sebagai proses membantu pembelajaran seseorang murid untuk memperkembangkan potensinya dan membentuk sahsiahnya.
  • Ada berbagai teori pembelajaran dan pengajaran untuk menerangkan bagaimana seseorang itu belajar dan boleh dididik.
  • Setiap individu mempunyai bakat, aptitud dan gaya pembelajarannya yang tersendiri.
  • Dengan itu proses pendidikan ialah proses memupuk perkembangan potensi, bakat dan sahsiah murid-murid.


Rumusan
Kesimpulannya, sosiologi melibatkan manusia oleh itu skop kajian adalah sangat meluas. Pendidikan dikelilingi dengan unsur kemanusiaan dan pendidik harus tahu peranan mereka dalam dunia sosial.
Justeru, pendidik perlu tahu tentang sosiologi kerana mereka  berkhidmat di dunia pendidikan yang dikelilingi masyarakat.

Rujukan



No comments:

Post a Comment