Monday, November 5, 2018

Bab 9 : Pengurusan Tingkah Laku dan Disiplin


Bab  9 (Pengurusan Tingkah Laku dan Disiplin)

Disiplin didefinisikan sebagai Peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang murid di sekolah bagi mewujudkan tingkahlaku yang baik.

Sementara itu, menurut Foucault (1977) disiplin juga bermaksud suatu bentuk pengawasan dan membiasakan amalan-amalan yang dikehendaki.Manakala, menurut Abdullah Sani (2005) disiplin merupakan satu persetujuan yang dipersetujui bersama oleh warga sekolah dalam mengawal disiplin dan tingkah laku manusia yang berada di dalamnya.

PENGURUSAN TINGKAH LAKU
1. Jenis tingkah laku dibahagikan kepada dua :
l  Tingkah laku positif
-Merupakan tingkah laku yang baik untuk perkembangan mereka kerana dengan adanya tingkh laku ini mereka akan lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

l  Tingkah laku negatif
-Merupakan tingkah laku yang mampu memberikan masalah dan menganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Mereka ini kebiasaannya suka menganggu rakan lain dan sering memberontak dalam kelas.

PERATURAN DAN DISIPLIN MURID
1. Contoh peraturan atau cara disiplin dijalankan di sekolah:
-Mengadakan jadual waktu
-Buku kedatangan
-Perhimpunan
-Pakaian seragam
-Peperiksaan
2. Teori Punca Salah Laku Pelajar
l  TEORI FUNGSIONALISME
-Menganggap devian sebagai disfungsi pada struktur sosial.
-Devian adalah satu bentuk gangguan disebabkan murid-murid tidak berperanan seperti yang dijangkakan berlaku di sekolah.

l  TEORI KONFLIK
-Devian merupakan tindakan golongan tertindas terhadap pihak minoriti yang menindas.
-Di sekolah, devian adalah tindak balas anak-anak kelas pekerja menentang dominasi pihak berkuasa.

l  TEORI INTERAKSIONISME
-Devian merupakan suatu proses sosial.
-Pelajar sengaja memilih tingkah laku mengikut kemahuan mereka yang sesuai dengan cara mereka mentafsirkan sesuatu situasi. 

PENGURUSAN DEVIAN DAN SALAH LAKU
Menurut Kamus Dewan (2003) tingkah laku devian didefinisikan sebagai perlakuan yang menyimpang atau melencong. Azizi et al.,(2005) menyatakankan bahawa tingkah laku devian membawa maksud tingkah laku yang melanggar norma-norma masyarakat tertentu. Ianya juga ditakrifkan sebagai sebarang tingkah laku yang tidak memahami norma-norma sosial sesuau kumpulan atau masyarakat (Rohana,1996).
 
1. Menurut Merton (1938), terdapat empat jenis devian iaitu:
-Inovasi (innovation) - Suatu cara memenuhi matlamat dengan cara yang salah.
-Ritual (Ritualism) - Tindakan mengulang-ulang suatu perbuatan.
-Undur (retreatism) - Seseorang yang tidak lagi berminat dengan matlamatnya lalu melakukan alternatif lain sebagai tindakan.
-Menentang (rebelliation) - Menolak matlamat persekolahan dan menggantikannya dengan matlamat lain seperti mencuri.

2. Prosedur disiplin dan salah laku
Pendekatan dalam menangani salah laku umumnya adalah berasaskan teguran, nasihat, dan kaunseling. Pendekatan ini dianggap menepati ciri-ciri moraliti moden seperti yang dinyatakan oleh Durkheim.


 
Rajah 1 menunjukkan tatacara menangani masalah disiplin

Rajah 2 menunjukkan hukuman kepada masalah disiplin
 
PEKELILING DAN PERATURAN
1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1968:
“tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada guru-guru besar”

2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975:
“semua guru hendaklah juga memahami benar-benar bahawa tiap-tiap mereka adalah bertanggungjawab untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah”

3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.10/2001:
“….masalah disiplin mendapat perhatian Jemaah Menteri dan menyarankan supaya bilangan guru disiplin ditambah di sekolah-sekolah.”
“….semua guru hendaklah berfungsi sebagai guru disiplin dan berperanan membimbing murid-murid…”

4.SURAT PEK.IKHTISAS BIL: 7/2003
Kuasa Guru Merotan Murid
-Hukuman rotan di khalayak sama ada di perhimpunan atau di bilik-bilik yang sedang berlangsung proses pengajaran dan pembelajaran adalah DILARANG.

5.SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 8/1983
Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-Murid yang Melakukan Perbuatan Salah laku yang Tidak Dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran.

6.SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.3/1991
Lapor Kepada Polis Salah Laku Yang Berbentuk Jenayah
Saya menarik perhatian tuan berhubung dengan kegagalan pihak sekolah melaporkan insiden berbentuk jenayah yang berlaku di sekolah oleh pelajar kepada pihak polis.

Mengikut kanun Prosedur Jenayah adalah menjadi satu kewajipan melainkan jika ada sebab-sebab yang berpatutan bagi orang ramai termasuk sekolah memberi maklumat berkenaan dengan berlakunya atau niat mana-mana orang yang hendak melakukan kesalahan-kesalahan seperti merusuh,mendatangkan kematian tanpa niat,membunuh dan cuba membunuh,merompak,membakar bangunan,memeras ugut,menganggotai kumpulan haram dan mengedar atau menyalahgunakan dadah atau kedua-duanya sekali.

7.SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.6A / 1975
Disiplin – Murid-Murid Menghisap Rokok
1.Guru Besar hendaklah memberitahu kepada murid-murid pada masa perhimpunan diadakan di sekolah bahawa penghisapan rokok adalah dilarang kerana sebab-sebab kesihatan.
2.Penghisapan dadah bermula dengan penghisapan rokok dan oleh itu perkara ini tidak boleh diringankan.
3.Semua murid diberi amaran bahawa tindakan disiplin akan diambil terhadap mereka jika peraturan ini tidak dipatuhi.
4.Pengetua/Guru Besar adalah dinasihatkan supaya mengumumkan bahawa tempoh pengampunan (Period of grace) selama seminggu akan diberi kepada murid-murid untuk membuat pengakuan jika mereka telah merokok dengan jaminan bahawa tindakan disiplin tidak akan diambil terhadap mereka itu.

8.SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.4/1997
Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok :
Kesalahan Kali Pertama          :           Rotan 1 kali
Kesalahan Kali Kedua             :           Rotan 2 kali
Kesalahan Kali Ketiga             :           Rotan 3 kali
Kesalahan Kali Keempat        :           Gantung Sekolah
                                                            (Tidak Melebihi 14 hari)
Kesalahan Kelima                   :           Buang Sekolah.

RUMUSAN
Kesimpulannya, bidang pendidikan merupakan antara bidang yang penting dalam sesebuah negara. Pembangunan pendidikan tidak dapat lari daripada pembangunan murid itu sendiri kerana murid atau murid merupakan subjek kepada pendidikan itu. Dalam hal ini, murid perlu dikawal selia bagi memastikan sahsiah diri mereka tetap dijaga apabila mereka meningkat dewasa. Atas dasar ini, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan garis panduan dalam pelbagai bentuk untuk menangani masalah disiplin murid. Oleh kerana itu hal ehwal disiplin mestilah diambil berat oleh pihak sekolah.

RUJUKAN
Nasrul Hisham Nor Muhamad, Zarina A Rashid (2017). Peraturan dan undang-undang kawalan disiplin murid di Malaysia. Malaysian Online Journal of Education, 1(1), 1-11. Diperoleh daripada http://journalarticle.ukm.my/10068/1/156-581-1-PB.pdf.

No comments:

Post a Comment