Bab 12 (Pengurusan Pelbagai Upaya)
Pengenalan
Pengurusan murid pelbagai upaya merupakan satu langkah yang diambil untuk membantu murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Secara amnya, pengurusan murid pelbagai upaya ini lebih terarah kepada program pendidikan khas yang dijalankan ke atas pelajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada secara fizikal atau mental. Kajian mengenai pengurusan murid pelbagai upaya ini memfokuskan kepada empat topik perbincangan iaitu pemulihan, pengayaan, pelbagai kecerdasan dan berkeperluan khas. Program pemulihan dan pengayaan diwujudkan atas arahan Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan untuk memastikan murid-murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran mampu untuk belajar sekiranya guru-guru menggunakan kaedah pembelajaran yang sewajarnya. Manakala pelbagai kecerdasan ialah teori yang diperkenalkan oleh seorang tokoh barat iaitu Howard Gardner. Teori ini membincangkan tentang pelbagai keupayaan yang dimiliki oleh murid yang mempunyai kecerdasan dan kepintaran luar biasa.
Terdapat empat aspek yang dibincangkan dalan pegurusan pelbagai upaya iaitu:
1. Pemulihan

- Pemulihan adalah sesuatu usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul.
- Peranan guru dalam pelaksanaan pemulihan adalah dengan mengatur langkah-langkah yang sesuai dalam pengelolaan sesi pemulihan, menguruskan aktiviti pengajaran pemulihan, menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran, menyediakan bahan pembelajaran dalam sesi pemulihan, menjalankan aktiviti penilaian untuk sesi pemulihan dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
- Secara ringkasnya, pemulihan merupakan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran alternatif yang digunakan untuk membantu murid yang menghadapi masalah di dalam kelas.
- Pengayaan iaitu sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar yang memberi peluang kepada pelajar mengembangkan lagi sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya cipta serta bakat kepimpinan mereka.
- Dalam melaksanakan program pengayaan ini, beberapa prinsip perlu diberi perhatian.
- Antaranya ialah memberi penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental, membuat kerja sendiri dan hasilan kerja, menggunakan daya usaha sendiri, memberi peluang untuk mengembangkan sifat kepimpinan sosial, menggunakan kaedah dan organisasi yang mudah diubah serta melibatkan pembacaan yang luas.
- Selain itu, bahan bantu belajar yang sering digunakan untuk aktiviti pengayaan seperti kad-kad bacaan tambahan, lembaran kerja, permainan dan rekreasi, dan alat-alat teknologi yang lain haruslah mengandungi penerangan dan penjelasan yang jelas supaya mudah difahami oleh murid.
3. Kecerdasan Pelbagai
- Definisi kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh Gardner (1983) adalah kepakaran kecerdasan manusia seharusnya mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah, menangani masalah sesuai dengan masa dan tempat dan menghasilkan output yang efektif.
- Menurutnya lagi manusia mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan yang merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud secara semulajadi.
- Jenis kecerdasan yang dikenal pasti adalah visual-linguistik, logik-matematik, visual-ruang, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal dan naturalis.
- Gardner menjelaskan bahawa setiap kecerdasan adalah berasingan dan tidak saling bergantungan. Dalam konteks pendidikan guru memainkan peranan penting untuk merancang aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran supaya dapat memenuhi keperluan kecerdasan iaitu yang terdiri daripada sembilan kecerdasan yang diperkenalkan oleh Gardner.
4. Berkeperluan Khas
- Pelajar berkeperluan khas didefinisikan sebagai kanak-kanak yang dianggap berhadapan dengan batasan keupayaan dengan sendirinya bagi memperoleh keperluan biasa dan untuk hidup bermasyarakat kerana had fizikal atau mental.
- Program yang ditawarkan kepada pelajar berkeperluan khas adalah program inklusif iaitu pelajar berkeperluan khas belajar bersama murid normal di dalam bilik darjah dan sekolah yang sama untuk menikmati segala kemudahan belajar dalam keadaan normal tanpa mengira status.
- Kanak-kanak ini mungkin memerlukan perkhidmatan tertentu yang lain namun mereka akan mengikuti kurikulum seperti kanak-kanak lain. Ia melibatkan tanggungjawab bersama antara guru biasa dan guru pendidikan khas. Pendidikan inklusif memberi peluang kanak-kanak berkeperluan khas untuk berinteraksi dengan kanak-kanak lain.
Rumusan
Kesimpulannya, bidang pendidikan adalah sangat penting untuk sesebuah negara. Ia akan menentukan jatuh bangun sesebuah negara itu pada masa hadapan. Oleh itu, wajarlah kita memberi penekanan yang sesuai untuk setiap individu bagi memastikan setiap individu itu dapat menguasai kecerdasan yang ada pada diri mereka dengan baik bagi membolehkan mereka meneraju masa depan negara dengan baik.

Rujukan
Siti Raihanni Selamat. Kajian
pengajaran: penerapan teori kecerdasan pelbagai dalam pengajaran jenis-jenis
ayat. Diperoleh daripada https://malaylanguagecentre.moe.edu.sg/qql/slot/u181/Khazanah%20Ilmu/Program%20Persidangan%20Serantau/52.Kajian_Pengajaran_Penerapan_Teori_Kecerdasan_Pelbagai_dalam_Pengajaran_Jenis-Jenis_Ayat.pdf
Siti Rahayah Ariffin, Roseni Ariffin, Arbaiyah Md Zin &
Nik Noralhuda Nik Mohamed. (2011). Faktor kecerdasan pelbagai dalam pembentukan
profil remaja. Malaysian Journal of
Learning and Instruction. 8. 183-204. Diperoleh daripada http://mjli.uum.edu.my/images/pdf/8mjli/mjli89faktor.pdf
No comments:
Post a Comment