Monday, November 5, 2018

Bab 14 : Pengurusan Alam Pembelajaran

Bab 14 (Pengurusan Alam Pembelajaran)

Pengenalan
Di dalam bilik darjah, selain mengajar, guru juga memainkan peranannya sebagai pengurus. Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif, mengurus bahan-bahan pengajaran dan sebagainya. Kecekapan guru dalam menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yang baik dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Menurut Haji Samsudin bin Md Noor, pengurusan bermaksud satu proses untuk mendapatkan penyertaan, kerjasama dari semua ahli dalam mencapai matlamat kumpulan. Manakala menurut Lee Shok Mee (1993), alam pembelajaran bermaksud keadaan atau suasana belajar yang dapat meransang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu.

PERSEDIAAN KE ALAM PERSEKOLAHAN
1.   Menentukan Objektif Pengajaran dan Pembelajaran
  • Ciri utama guru berkesan atau guru efektif ialah menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran dengan jelas dan saksama berasaskan tahap pencapaian murid. Objektif perlu dimaklumkan dan diketahui oleh murid-murid sebelum pembelajaran bermula. Penetapan sedemikian membolehkan mereka menyedia dan mengubahsuai mind-set yang tepat terhadap pengetahuan, kemahiran dan perlakuan yang perlu dicapai apabila pembelajaran tamat. Guru boleh mengukur dan menilai tahap pencapaian murid berdasarkan hasil pembelajaran atau learning outcome.
2.   Menyediakan Rancangan Mengajar
  • Guru mesti membuat perancangan pelajaran sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran, termasuklah guru berpengalaman, guru cemerlang dan guru pakar. Persediaan mengajar oleh guru akan melibatkan masa yang berbeza mengikut pencapaian murid, kelas, bahan, dan kearifan individu guru. Objektif dan isi pelajaran disusun mengikut keutamaan atau kefahaman murid, seperti bermula daripada aspek yang mudah kepada yang lebih sukar, aspek yang berada dalam pengetahuan atau pengalaman murid kepada perkara yang belum berada dalam pengetahuan dan pengalaman mereka. Setiap perkembangan pelajaran diikuti pula oleh aktiviti murid secara terancang dan sebahagainnya secara spontan.
3.   Kepelbagaian Kaedah Mengajar
  • Pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarik dan berkesan sekiranya guru menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid. Guru perlu sentiasa mengubahsuai strategi mengikut jangkaan keberkesanan penggunaan sesuatu kaedah. Guru yang berhasrat untuk menjadikan pengajarannya efektif, seharusnya membuat kajian atau penyelidikan mengenai kaedah yang paling sesuai untuk sesuatu isi pelajaran, topik atau kemahiran. Kajian saintifik perlu dibuat untuk menilai kekuatan dan kelemahan kaedah yang digunakan. Guru perlu berkemahiran dalam membuat kajian tindakan atau pemerhatian saintifik.

KAJIAN DI SEKOLAH
Kajian tindakan adalah satu kajian yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan oleh peserta iaitu pengamal pendidikan, guru atau pendidik sebagai penyelidik dalam situasi sosial itu sendiri. Sebagai penyelidik, mereka melaksanakan tindakan praktik (intervensi) bertujuan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti amalan masing-masing, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan. Ia melibatkan proses membuat refleksi, merancang, melaksanakan dan memerhati.

Terdapat pelbagai definisi kajian tindakan yang telah dikemukakan oleh pakar-pakar kajian tindakan. Antaranya adalah seperti berikut:
i. Kemmis & McTaggart (1988)
Kajian tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif, dilakukan oleh peserta yang berada dalam sesuatu situasi sosial bertujuan meningkatkan kerasionalan dan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiri, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan.
ii. Ebbut (1985)
Kajian tindakan merupakan suatu pengkajian yang sistematik oleh sekumpulan pengamal terhadap usaha-usaha untuk mengubah dan memperbaiki amalan pendidikan melalui tindakan praktis mereka sendiri serta refleksi terhadap kesan atau akibat tindakan tersebut.
iii. McNiff (1988)
Kajian tindakan adalah satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. Ia melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru-guru lain secara bersama.

Berdasarkan pelbagai definisi tersebut dapat dirumuskan bahawa kajian tindakan merupakan satu kaedah untuk guru mereflek masalah yang mereka hadapi, memungut dan menganalisis data dan melaksanakan perubahan terhadap amalan mereka berdasarkan dapatan-dapatan yang diperolehi. Kajian tindakan menjurus kepada matlamat menjalankan penyelidikan tindakan, iaitu atas keinginan dan kecenderungan guru untuk membaiki kualiti amalan atau pengajaran pembelajaran serta situasi kerja.

AKSI GURU DI SEKOLAH
  • Kompetensi Guru
Kompetensi tersebut dengan tujuan meningkatkan keterampilan bertanya bagi guru baru agar proses belajar mengajar tidak hanya terjadi interaksi satu arah, meningkatkan keterampilan guru baru dalam pengelolaan kelas agar proses belajar dan mengajar dapat berlangsung dengan aman dan tertib. Selain itu,ia juga dapat meningkatkan keterampilan guru baru dalam mengadakan variasi mengajar, terutama variasi penggunaan media, variasi pandangan dan perhatian, serta variasi penggunaan metode mengajar. Seterusnya, dapat meningkatkan keterampilan guru baru dalam menjelaskan subjek yang diajarkan. Salah satu bentuk bimbingan profesional yang diberikan kepada guru baru berdasarkan kebolehannya adalah melalui pengulangan yang sistematik dimulai dari tahap perancangan yang teratur serta pelaksanaan dan intensif terhadap penampilan mengajar.

REFLEKSI
  • Proses Belajar & Mengajar
Dalam proses belajar-mengajar ini perlu diperhatikan dua teori psikologi, iaitu teori tingkah laku dan teori kognitif. Kedua-dua teori itu mempunyai perbezaan dalam hal pembelajaran. Teori tingkah laku lebih menekankan kepada apa yang dipelajari oleh pelajar sedangkan teori kognitif lebih menekankan kepada bagaimana mereka belajar.
  • Peranan Guru
Mengajar bertujuan memberi pengetahuan supaya dapat difahami oleh pelajar. Oleh itu, mengajar dikatakan sangat baik apabila hasil belajar yang berkesan diberikan oleh guru di sekolah. Pernyataan ini dapat dipenuhi apabila pengajar mampu memberikan tumpuan mengajar yang baik sehingga terjadi proses belajar yang berkesan di sekolah.

Rumusan
Kesimpulannya, pengurusan alam pembelajaran ini perlu dititikberatkan oleh para guru supaya minat para pelajar dapat dipupuk dengan mudah. Selain itu,segala pemindahan maklumat akan berjalan lancar sekaligus meningkatkan pencapaian para pelajar.

Rujukan
Hasan Saragih. (2008). Kompetensi minimal seorang guru dalam mengajar. Jurnal Tabularasa PPS Unimed, vol.5 No.1. Diperoleh daripada http://digilib.unimed.ac.id/715/1/Kompetensi%20minimal%20seorang%20guru%20dalam%20mengajar.pdf

Mohamad Johdi Salleh. (2007). Guru efektif dan peranan guru dalam mencapai objektif persekolahan sekolah rendah: Perspektif Guru Besar. Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007. Diperoleh daripada http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/seminarpapers/2007/Edmanagement/mohdjohdiUIAMfp.pdf

Bab 13 : Sekolah dan Persekitaran


Bab 13 (Sekolah dan Persekitaran)

Pengenalan
Sekolah merupakan pusat penyebaran maklumat dan ilmu pengetahuan. Persekitaran sekolah adalah kawasan disekeliling sesuatu tempat membawa maksud masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah. Sekolah berfungsi untuk mencapai objektif dan matlamat actor bagi melahirkan manusia yang cemerlang dari segi keilmuan tetapi juga membentuk manusia yang bersahsiah baik serta memahami tanggungjawabnya selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sekolah ialah sebuah institusi yang memberi pendidikan formal dan informal kepada pelajar sebagai persediaan untuk mereka menempuh alam pekerjaan kelak. Persekitaran dalam konteks kajian ini membawa maksud kawasan sekitar yang terdapat berdekatan sekolah tersebut. Sebagaimana pentingnya iklim sekolah yang harmoni, persekitaran sekolah juga berperanan membangkitkan semangat motivasi pelajar.

HUBUNGAN SEKOLAH DENGAN MASYARAKAT
Sekolah merupakan satu sistem actor yang tersendiri dan menjadi agen perubahan kepada masyarakat dan persekitaran. Sekolah juga memberi peluang kepada manusia khasnya generasi muda untuk menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran. Sekolah amat mementingkan perkembangan dan perubahan tingkah laku pelajar mengikut aliran dan kehendak masyarakat. Selain itu, sekolah sebagai sesebuah organisasi yang dinamik, terbuka dan kompleks serta mewujudkan hubungan saling bergantung dengan pihak luar.

HUBUNGAN GURU & IBU BAPA
  • Mewujudkan muafakat antara ibu bapa dan guru.
  • Membantu dalam memajukan perkembangan murid.
  • Menjaga kebajikan murid.
  • Menambah sumber kewangan sekolah.
  • Meningkatkan keceriaan premis sekolah.
  • Menjayakan aktiviti dan program pendidikan.
  • Ibu bapa dan sekolah membina jaringan hubungan melalui bantuan dana dan kepakaran.
  • Membantu membanteras masalah gejala actor di dalam atau di luar sekolah.
  • Menghadiri jemputan sekolah untuk memberi motivasi dan sokongan kepada guru-guru dan murid-murid.


ISU-ISU PENDIDIKAN SEMASA
1)   Disiplin

  • Perselisihan faham antara guru dalam melaksanakan aktiviti sering berlaku. Ini mungkin berlaku apabila komunikasi antara bahagian kurang berlaku dan saling menuding jari apabila wujudnya sesuatu masalah.
  • Masalah disiplin orang bawahan kebiasaannya selalu dikaitkan dengan keretakan rumah tangga ataupun masalah-masalah keluarga. Tekanan emosi akibat daripada masalah di rumah akan terbawa ke tempat kerja dan seterusnya mengganggu kebolehan guru tersebut untuk bekerja.
  • Selain daripada itu, faktor lain yang mendorong kepada masalah disiplin dalam kalangan orang bawahan ialah tanggungjawab yang dipikul oleh mereka. Peningkatan harga minyak dunia meningkatkan harga barangan harian tetapi pada masa yang sama gaji tidak bertambah dan terpaksa menampung ibu bapa, isteri dan juga perbelanjaan anak-anak.
2)   Tanggungjawab

  • Terdapat dalam kalangan guru yang tidak menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi. Ini berlaku apabila guru tersebut mengajar kelas tambahan di luar dan mendapat pendapatan yang lumayan dan dengan itu pengajaran di sekolah tidak di titik beratkan.
3)   Keselamatan

  • Masalah keselamatan pelajar sekolah semakin serius hari ini apabila meningkatnya kejadian yang tidak diingini ke atas pelajar. Sebagai contoh kes-kes bunuh, rogol, culik, ragut dan sebagainya ke atas pelajar adalah sangat membimbangkan.
  • Berlaku juga kes-kes guru diugut oleh ibu bapa pelajar yang tidak puas hati dengan cara anak mereka dilayan. Kalau dahulu rotan merupakan satu cara untuk mendidik pelajar, tetapi sekarang rotan merupakan satu jalan untuk guru disaman. Isu ini merupakan cabaran utama kepada pemimpin sekolah kerana ketika ingin mendidik generasi muda, pada masa yang sama masalah ini menjadi kekangan.

PENDIDIKAN DAN GLOBALISASI
1.   Pembelajaran Berterusan

  • Memberi peluang orang dewasa yang kurang pendidikan di peringkat sekolah tinggi untuk memperoleh kemahiran yang diperlukan supaya dapat berfungsi dengan lebih berkesan dalam masyarakat dan pekerjaan.
 2.   Inovasi Dalam Pelaksanaan Kurikulum

  • Projek Sekolah Vista: Perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan bilik darjah dengan berkesan dan memberi peluang kepada pelajar berkomunikasi secara elektronik dengan rakan dan guru.
3.   Pengurusan Pendidikan

  • Meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran.
4.   Pembentukan Jati Diri

  • Keperibadian guru: Guru perlu menampilkan perwatakan yang positif terutama ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Perwatakan guru yang jujur, amanah, bersopan santun, penyayang, penyabar, sedia memberi pertolongan, sedia berkorban dan berdedikasi perlu diterampilkan supaya dapat menjadi contohan pelajar.

Rumusan
Memahami bagaimana persekitaran sekolah mampu meningkatkan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum merupakan actor penting dalam membantu pihak pentadbir dan guru di sekolah, pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Negeri, seterusnya pihak tertentu di Kementerian Pelajaran Malaysia. Persekitaran sekolah perlu diberi perhatian dari beberapa aspek seperti sokongan pelajar dan sokongan guru-guru, kepentingan professional guru, kebebasan guru-guru dan penyertaan guru-guru dalam membuat keputusan bersama, guru dan pihak sekolah yang berinovasi, sumber atau kemudahan yang mencukupi, dan kurangnya tekanan kerja berkiatan kokurikulum. Kesimpulannya, persekitaran sekolah mampu memberi kesan kepada penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Semua pihak perlu berusaha memperbaiki dan mempertingkatkan persekitaran sekolah supaya dapat mempengaruhi penglibatan pelajar dalam kokurikulum.

Rujukan
Sarvinder Singh & Ahmad Bin Esa. (2008). Kepimpinan dalam menghadapi isu-isu semasa pendidikan. Keterangan: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidiikan PKPGB 2008, 16 Oktober 2008, UTHM. Diperoleh daripada http://eprints.uthm.edu.my/2712/1/21._PKPGB_2008_1.pdf

Mohd Fazli Hasan, Suhaida Abdul Kadir & Soaib Asimiran, (2013). Hubungan persekitaran sekolah dengan penglibatan pelajar dalam aktiviti. Jurnal Pendidikan Malaysia, 38(2), 1-9. Diperoleh daripada http://www.ukm.my/jurfpend/JPM%2038(2)2013/1mohdfadli.pdf

Bab 12 : Pengurusan Pelbagai Upaya


Bab 12 (Pengurusan Pelbagai Upaya)


Pengenalan
Pengurusan murid pelbagai upaya merupakan satu langkah yang diambil untuk membantu murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Secara amnya, pengurusan murid pelbagai upaya ini lebih terarah kepada program pendidikan khas yang dijalankan ke atas pelajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada secara fizikal atau mental. Kajian mengenai pengurusan murid pelbagai upaya ini memfokuskan kepada empat topik perbincangan iaitu pemulihan, pengayaan, pelbagai kecerdasan dan berkeperluan khas. Program pemulihan dan pengayaan diwujudkan atas arahan Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan untuk memastikan murid-murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran mampu untuk belajar sekiranya guru-guru menggunakan kaedah pembelajaran yang sewajarnya. Manakala pelbagai kecerdasan  ialah teori yang diperkenalkan oleh seorang tokoh barat iaitu Howard Gardner. Teori ini membincangkan tentang pelbagai keupayaan yang dimiliki oleh murid yang mempunyai kecerdasan dan kepintaran luar biasa.

Terdapat empat aspek yang dibincangkan dalan pegurusan pelbagai upaya iaitu:
1.   Pemulihan

  • Pemulihan adalah sesuatu usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul. 
  • Peranan guru  dalam pelaksanaan pemulihan adalah dengan mengatur langkah-langkah yang sesuai dalam pengelolaan sesi pemulihan, menguruskan aktiviti pengajaran pemulihan, menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran, menyediakan bahan pembelajaran dalam sesi pemulihan, menjalankan aktiviti penilaian untuk sesi pemulihan dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. 
  • Secara ringkasnya, pemulihan merupakan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran alternatif yang digunakan untuk membantu murid yang menghadapi masalah di dalam kelas.
2.   Penggayaan

  • Pengayaan iaitu sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar  yang memberi peluang kepada pelajar mengembangkan lagi sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya cipta serta bakat kepimpinan mereka. 
  • Dalam melaksanakan program pengayaan ini, beberapa prinsip perlu diberi perhatian. 
  • Antaranya ialah memberi penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental, membuat kerja sendiri dan hasilan kerja, menggunakan daya usaha sendiri, memberi peluang untuk mengembangkan sifat kepimpinan sosial, menggunakan kaedah dan organisasi yang mudah diubah serta melibatkan pembacaan yang luas. 
  • Selain itu, bahan bantu belajar yang sering digunakan untuk aktiviti pengayaan seperti kad-kad bacaan tambahan, lembaran kerja, permainan dan rekreasi, dan alat-alat teknologi yang lain haruslah mengandungi penerangan dan penjelasan yang jelas supaya mudah difahami oleh murid.  
3.   Kecerdasan Pelbagai

  • Definisi kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh Gardner (1983) adalah kepakaran kecerdasan manusia seharusnya mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah, menangani masalah sesuai dengan masa dan tempat dan menghasilkan output yang efektif. 
  • Menurutnya lagi manusia mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan yang merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud secara semulajadi.  
  • Jenis kecerdasan yang dikenal pasti adalah visual-linguistik, logik-matematik, visual-ruang, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal dan naturalis. 
  • Gardner menjelaskan bahawa setiap kecerdasan adalah berasingan dan tidak saling bergantungan. Dalam konteks pendidikan guru memainkan peranan penting untuk merancang  aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran supaya dapat memenuhi keperluan kecerdasan iaitu yang terdiri daripada sembilan kecerdasan yang diperkenalkan oleh Gardner.
4.   Berkeperluan Khas

  • Pelajar berkeperluan khas didefinisikan sebagai kanak-kanak yang dianggap berhadapan dengan batasan keupayaan dengan sendirinya bagi memperoleh keperluan biasa dan untuk hidup bermasyarakat kerana had fizikal atau mental.  
  • Program yang ditawarkan kepada pelajar berkeperluan khas adalah program inklusif iaitu pelajar berkeperluan khas belajar bersama murid normal di dalam bilik darjah dan sekolah yang sama untuk menikmati segala kemudahan belajar dalam keadaan normal tanpa mengira status. 
  • Kanak-kanak ini mungkin memerlukan perkhidmatan tertentu yang lain namun mereka akan mengikuti kurikulum seperti kanak-kanak lain.  Ia melibatkan tanggungjawab bersama antara guru biasa dan guru pendidikan khas. Pendidikan inklusif memberi peluang kanak-kanak berkeperluan khas untuk berinteraksi dengan kanak-kanak lain.

Rumusan
Kesimpulannya, bidang pendidikan adalah sangat penting untuk sesebuah negara. Ia akan menentukan jatuh bangun sesebuah negara itu pada masa hadapan. Oleh itu, wajarlah kita memberi penekanan yang sesuai untuk setiap individu bagi memastikan setiap individu itu dapat menguasai kecerdasan yang ada pada diri mereka dengan baik bagi membolehkan mereka meneraju masa depan negara dengan baik.


Rujukan
Siti Raihanni Selamat. Kajian pengajaran: penerapan teori kecerdasan pelbagai dalam pengajaran jenis-jenis ayat. Diperoleh daripada https://malaylanguagecentre.moe.edu.sg/qql/slot/u181/Khazanah%20Ilmu/Program%20Persidangan%20Serantau/52.Kajian_Pengajaran_Penerapan_Teori_Kecerdasan_Pelbagai_dalam_Pengajaran_Jenis-Jenis_Ayat.pdf

Siti Rahayah Ariffin, Roseni Ariffin, Arbaiyah Md Zin & Nik Noralhuda Nik Mohamed. (2011). Faktor kecerdasan pelbagai dalam pembentukan profil remaja. Malaysian Journal of Learning and Instruction. 8. 183-204. Diperoleh daripada http://mjli.uum.edu.my/images/pdf/8mjli/mjli89faktor.pdf




Bab 11 : Pengurusan Pelbagai Budaya


Bab 11 (Pengurusan Pelbagai Budaya)

Pengenalan
Merujuk kepada Ensiklopedia Bebas Wikipedia, “pengurusan” terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan menyelaraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat manakala menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “budaya” ialah tamadun, peradaban, kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan, dan sebagainya). Budaya juga bermaksud suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai. Manakala menurut Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying et al, budaya dimaksudkan sebagai cara hidup manusia dari segi pemikiran, kepercayaan dan perlakuan dalam sesuatu masyarakat yang diterima oleh ahli atau anggotanya serta diwarisi secara turun-temurun. Dengan itu,  konsep kepelbagaian budaya murid adalah konsep pendidikan  yang  memberi peluang  pendidikan  kepada semua  murid yang  berbeza  daripada aspek  etnik,  keturunan,  bahasa, adat  resam  dan budaya untuk  mendapat pendidikan  yang  adil dan sama  rata  dan berinteraksi  serta  memahami  setiap  rakan  dalam  bilik darjah  dengan baik.

1.   Peranan Sekolah

  • Sekolah perlu memainkan peranan yang penting dalam menonjolkan nilai-nilai murni dengan mewujudkan suasana yang memberangsang dan budaya sekolah yang positif (Zakaria Kasa, Abdul Rahman Md. Aroff, Abdul Majid Isa dan Rahil Hj. Mahyuddin, 1996). 
  • Tanggungjawab guru adalah penting dalam menjayakan aspek penerapan nilai mumi dan penghayatan nilai mumi. Mereka hendaklah terlebih dahulu mengamal dan menghayati nilai mumi hendak diajar (Zakaria Kasa, Abdul Rahman Md. Aroff, Abdul Majid Isa dan Rahil Hj. Mahyuddin, 1996). 
  • Lickona (1991) menjelaskan tentang tanggungjawab guru sebagai model penerapan nilai mumi, iaitu guru perlu menjadi penjaga, model dan mentor, mencipta komuniti moral, mengamal disiplin moral, membina kelas yang bercirikan demokrasi, mengajar nilai merentas kurikulum, menggunakan pembelajaran kooperatif, membina 'conscience of craft', memupuk keprihatinan melangkaui batas kelas, membina budaya moral yang positif di sekolah, dan jadikan ibu bapa sebagai rakan kongsi.

2.   Persekitaran dan Budaya Sekolah 

  • Budaya sekolah merangkumi seluruh persekitaran diri pelajar di sekolah. Faktor keadaan persekitaran sekolah boleh memberi kesan kepada pembentukan tingkah laku (Rusni Mohd. Nor, 2005). 
  • Persekitaran ini bercorak fizikal dan bukan fizikal. Persekitaran yang menggalakkan dan menyokong dapat melahirkan kesan positif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran serta penghayatan nilai-nilai murni. Dengan cara itu, usaha untuk pembentukan akhlak dan sahsiah pelajar dapat berjalan dengan lancar dan berkesan (Pusat Perkembangan Kurikulum, l 992).

3.   Cabaran Pelbagai Budaya

  • Di sekolah kebangsaan yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik atau bangsa merupakan satu cabaran kepada guru untuk menangani isu kepelbagaian pemikiran, kepercayaan dan agama agar mewujudkan suasana bilik darjah yang produktif dan mesra budaya. 
  • Perancangan dan perlaksanaan rapi perlu dibuat supaya pendidikan pelbagai budaya berkesan dan bermakna kepada semua pelajar.
  • Banyak cara yang boleh dilakukan untuk menangani isu kepelbagaian budaya. Antaranya ialah:
  • Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai peneraju sistem pendidikan negara dan memastikan sokongan dan pembiayaan secara adil kepada sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah mubaligh, sekolah vokasional dalam usaha bersama untuk meningkatkan taraf pendidikan negara.
  • Pihak kerajaan juga perlu memastikan supaya setiap pelajar yang berkelayakan mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam tanpa mengira latar belakang.
  • Pihak yang berkenaan juga perlu menyediakan biasiswa merit dan bantuan kewangan lain berasaskan keperluan dengan keutamaan kepada pelajar miskin dari kawasan luar bandar dan pedalaman.

Rumusan
Kesimpulannya, kepelbagaian budaya (multicultural) yang wujud dalam kehidupan manusia adalah suatu hakikat yang perlu diterima dan difahami dengan sebaik-baiknya oleh setiap individu termasuklah dalam kalangan pelajar. Kepelbagaian dari sudut etnik, agama, bahasa, gender, status ekonomi dan keupayaan fizikal dan mental perlu diketengahkan terutamanya menerusi proses pendidikan pelbagai budaya (PPB). Penerapan PPB dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting bagi membentuk masyarakat majmuk yang bersatu padu dan mampu hidup harmoni. Menerusi isi pelajaran dan teknik pedagogi dan pendedahan yang kreatif oleh kalangan guru dan pentadbir sekolah, matlamat akhir untuk mencapai hasrat dasar pendidikan negara akan boleh direalisasikan.


Rujukan

Ab. Halim Tamuri & Nur Hanani Hussin. (2017). Pembelajaran abad ke 21 dalam kepelbagaian budaya: harapan dan cabaran. Diperoleh daripada https://www.researchgate.net/publication/320858903_Pendidikan_Abad_ke_21_Dalam_Kepelbagaian_Budaya_Cabaran_dan_Harapan

Mohamad Khairi Othman & Asmawati Suhid. (2010). Peranan sekolah dan guru dalam pembangunan nilai pelajar menerusi penerapan nilai mumi: satu sorotan. Diperoleh daripada http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/23385/Artikel_9.PDF

Bab 10 : Pengurusan Penasihatan Murid


Bab  10 (Pengurusan Penasihatan Murid)

PENDAHULUAN
Definisi pengurusan tingkah laku dan disiplin,
“Nasihat yang diberikan merupakan kaedah menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Kaedah ini merupakan satu cara yang mudah untuk mengelakkan diri daripada memahami, memeriksa, dan menjelajah masalah yang dihadapi” (Zuraidah, 1994).

Manakala menurut Othman Mohamed (2000) pula, bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya.

ISI PENTING
KOMPONEN PENGURUSAN PENASIHATAN MURID
1. Kompenen pengurusan penasihatan murid terbahagi kepada tiga:
-Bimbingan
-Penasihatan
-Mentoring

l  BIMBINGAN
Konsep bimbingan :
-Bantuan seseorang yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seseorang individu dari setiap peringkat usia. Tujuannya adalah untuk menolong mengarahkan hidupnya sendiri, membuat pilihannya sendiri dan menanggung akibatnya sendiri (Crow & Crow 1960).
-Satu proses menolong individu untuk memahami diri dan alam sekelilingnya (Shertzer & Stone 1971).
-Proses yang profesional dan bersistematik yang bertujuan untuk menolong individu melalui pendidikan (Mathewson 1962).

Ciri-ciri bimbingan :
1. Bimbingan merupakan aktiviti yang dirancang. Ia bukanlah kegiatan yang dilakukan secara kebetulan, secara tiba-tiba, tidak sengaja dan sambil lewa tetapi ia adalah satu kegiatan yang tersusun, sengaja, berencana, berterusan dan mempunyai arah tujuan.
2. Bimbingan merupakan proses membantu individu atau kumpulan.
3. Bimbingan tidak memaksa seseorang itu mengikut arah yang tertentu, melainkan membantu atau menolong individu mengikut arah yang sesuai dengannya.
4. Bimbingan yang diberikan kepada individu yang memerlukan bantuan untuk memecahkan permasalahan yang dihadapinya.

l  PENASIHATAN
Konsep bimbingan :
-Memberi nasihat ialah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat (Zuraidah 1994).
-Nasihat digunakan bagi menyediakan klien dengan maklumat baru dan berguna (Gibson & Mitchell 1999).
-Nasihat ialah ajaran, petunjuk yang baik, peringatan mengusulkan, mengesyorkan atau menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal (Kamus Dewan).

Ciri-ciri penasihatan :
1. Berfokus kepada permasalahan yang dihadapi daripada menumpukan kepada diri individu yang bermasalah. 
2. Berbentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti kepada seorang lain. Orang yang berautoriti ini adalah lebih berpengalaman, banyak pengetahuan, mempunyai kelayakan dan pengiktirafan.
3. Memberi nasihat adalah strategi yang paling cepat untuk mengatasi permasalahan jika nasihat itu meninggalkan kesan.

l  MENTORING
Konsep mentoring :
Mentoring bermaksud membimbing dan menyokong pelajar (mantee) supaya beliau dapat melalui satu transisi sukar dengan lebih mudah, tentang melicinkan tatacara, yang dapat membenarkan, menyakinkan di samping mengurus  dan mengarahkan (Fletcher 2000).

Ciri-ciri mentoring :
1. Mementingkan perkembangan personal dan professional mentee yang berterusan
2. Untuk memudahkan sesuatu transisi dan memastikan berlaku perkembangan positif.
3. Bertindakbalas terhadap kelebihan individu, nilai dan keperluan mentor dan mantee.
4. Bertimbang rasa dan akur kepada kesilapan yang sukar dielakkan.
5. Menerima kesilapan yang boleh diterima dan yang tidak.

PROSES BIMBINGAN DAN PENASIHATAN

FASA 1: KESEDARAN GURU SEBAGAI PEMBIMBING DAN PENASIHAT PELAJAR
l  Penekanan haruslah diberikan kepada guru yang mengajar pelajar kerana mereka lebih rapat dan arif mengenai pelajar-pelajar mereka berbanding guru yang tidak mengajar.
l  Mereka perlu disedarkan tentang kepentingan perkhidmatan bimbingan dan penasihatan sebagai pengelola dan sumber rujukan pelajar.

FASA 2: MENGUASAI KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN PENASIHATAN
l  Pada tahap ini, semua guru dibantu dan diterapkan dengan beberapa kemahiran asas bimbingan dan penasihatan melalui kursus, seminar dan bengkel khas.
l  Antara kemahiran-kemahiran yang dicadangkan iaitu;
-Kemahiran perkembangan personaliti
-Kemahiran melayan dan kemahiran mendengar
-Kemahiran lisan (verbal) dan bukan lisan (non verbal)
-Kemahiran mengenal pasti pelajar yang bermasalah
-Kamahiran asas teori dan teknik kaunseling dalam proses menolong.
l  Penguasaan kemahiran-kemahiran ini boleh dijalankan secara berperingkat dan merupakan asas menjadi guru pembimbing yang berkesan.

FASA 3: PROSES MENGENALI PELAJAR
l  Secara umumnya, pelajar yang memerlukan bimbingan ini dapat dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu :
-Pelajar yang datang secara sukarela
-Pelajar yang di bawah pemerhatian
-Pelajar yang dikenalpasti sendiri oleh guru-guru sebagai memerlukan bimbingan melalui pemerhatian dan diagnosis
l  Antara teknik atau kaedah yang boleh digunakan oleh guru untuk tujuan mengumpul maklumat tentang pelajar yang menerima perkhidmatan bimbingan ini ialah teknik ujian, temubual, soal selidik, teknik sosiometrik, teknik skala pemeringkatan, teknik autobiografi dan rekod kesihatan.

FASA 4: PROSES MEMBIMBING PELAJAR
l  Pelajar memerlukan perhatian yang khusus, guru pembimbing lebih dapat mendekati pelajar melalui bimbingan secara individu kerana pelajar merasakan dapat diberi perhatian sepenuhnya oleh guru.
l  Manakala bimbingan kelompok melibatkan pelajar-pelajar yang mempunyai masalah yang sama seperti program yang berbentuk motivasi, kemahiran pelajar, dan personal.

l  Terdapat enam tahap dalam proses membimbing pelajar, iaitu:
1. MEMBINA HUBUNGAN
2. PENEROKAAN
3. DEFINISI MASALAH DAN MEMBINA MATLAMAT
4. ALTERNATIF PENYELESAIAN DAN PELAN TINDAKAN
5. MELAKSANAKAN TINDAKAN
6. PENAMATAN

FASA 5: ANALISIS PENILAIAN
l  Fasa ini melihat keberkesanaan perhubungan bimbingan dan penasihatan itu sama ada berkesan atau tidak berkesan.
l  Hasil analisis ke atas pelajar dibahagikan kepada dua kategori iaitu berjaya dibimbing atau tidak berjaya dibimbing.
l  Keputusan dari fasa ini akan dijalankan ke dalam fasa berikutnya jika perlu.

RUMUSAN
Kesimpulannya, bimbingan, penasihatan, dan mentoring merupakan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk membantu pelajar-pelajar dalam aspek-aspek pembelajaran dalam kehidupan,Ketiga-tiga kaedah ini dikenalpasti sebagai satu strategi untuk membangunkan diri pelajar secara menyeluruh dan antara tujuan utama adalah untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar serta memotivasikan pelajar.

RUJUKAN
Tiwi Kamidin (2004). Pendekatan sistem mentor dalam pengurusan  tingkah laku bermasalah. Jurnal Penyelidikan MPBL, 5(1), 1-10. Diperoleh daripada http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/jurnalpapers/Jurnal2004/tiwi2004.pdf



Bab 9 : Pengurusan Tingkah Laku dan Disiplin


Bab  9 (Pengurusan Tingkah Laku dan Disiplin)

Disiplin didefinisikan sebagai Peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang murid di sekolah bagi mewujudkan tingkahlaku yang baik.

Sementara itu, menurut Foucault (1977) disiplin juga bermaksud suatu bentuk pengawasan dan membiasakan amalan-amalan yang dikehendaki.Manakala, menurut Abdullah Sani (2005) disiplin merupakan satu persetujuan yang dipersetujui bersama oleh warga sekolah dalam mengawal disiplin dan tingkah laku manusia yang berada di dalamnya.

PENGURUSAN TINGKAH LAKU
1. Jenis tingkah laku dibahagikan kepada dua :
l  Tingkah laku positif
-Merupakan tingkah laku yang baik untuk perkembangan mereka kerana dengan adanya tingkh laku ini mereka akan lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

l  Tingkah laku negatif
-Merupakan tingkah laku yang mampu memberikan masalah dan menganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Mereka ini kebiasaannya suka menganggu rakan lain dan sering memberontak dalam kelas.

PERATURAN DAN DISIPLIN MURID
1. Contoh peraturan atau cara disiplin dijalankan di sekolah:
-Mengadakan jadual waktu
-Buku kedatangan
-Perhimpunan
-Pakaian seragam
-Peperiksaan
2. Teori Punca Salah Laku Pelajar
l  TEORI FUNGSIONALISME
-Menganggap devian sebagai disfungsi pada struktur sosial.
-Devian adalah satu bentuk gangguan disebabkan murid-murid tidak berperanan seperti yang dijangkakan berlaku di sekolah.

l  TEORI KONFLIK
-Devian merupakan tindakan golongan tertindas terhadap pihak minoriti yang menindas.
-Di sekolah, devian adalah tindak balas anak-anak kelas pekerja menentang dominasi pihak berkuasa.

l  TEORI INTERAKSIONISME
-Devian merupakan suatu proses sosial.
-Pelajar sengaja memilih tingkah laku mengikut kemahuan mereka yang sesuai dengan cara mereka mentafsirkan sesuatu situasi. 

PENGURUSAN DEVIAN DAN SALAH LAKU
Menurut Kamus Dewan (2003) tingkah laku devian didefinisikan sebagai perlakuan yang menyimpang atau melencong. Azizi et al.,(2005) menyatakankan bahawa tingkah laku devian membawa maksud tingkah laku yang melanggar norma-norma masyarakat tertentu. Ianya juga ditakrifkan sebagai sebarang tingkah laku yang tidak memahami norma-norma sosial sesuau kumpulan atau masyarakat (Rohana,1996).
 
1. Menurut Merton (1938), terdapat empat jenis devian iaitu:
-Inovasi (innovation) - Suatu cara memenuhi matlamat dengan cara yang salah.
-Ritual (Ritualism) - Tindakan mengulang-ulang suatu perbuatan.
-Undur (retreatism) - Seseorang yang tidak lagi berminat dengan matlamatnya lalu melakukan alternatif lain sebagai tindakan.
-Menentang (rebelliation) - Menolak matlamat persekolahan dan menggantikannya dengan matlamat lain seperti mencuri.

2. Prosedur disiplin dan salah laku
Pendekatan dalam menangani salah laku umumnya adalah berasaskan teguran, nasihat, dan kaunseling. Pendekatan ini dianggap menepati ciri-ciri moraliti moden seperti yang dinyatakan oleh Durkheim.


 
Rajah 1 menunjukkan tatacara menangani masalah disiplin

Rajah 2 menunjukkan hukuman kepada masalah disiplin
 
PEKELILING DAN PERATURAN
1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1968:
“tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada guru-guru besar”

2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975:
“semua guru hendaklah juga memahami benar-benar bahawa tiap-tiap mereka adalah bertanggungjawab untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah”

3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.10/2001:
“….masalah disiplin mendapat perhatian Jemaah Menteri dan menyarankan supaya bilangan guru disiplin ditambah di sekolah-sekolah.”
“….semua guru hendaklah berfungsi sebagai guru disiplin dan berperanan membimbing murid-murid…”

4.SURAT PEK.IKHTISAS BIL: 7/2003
Kuasa Guru Merotan Murid
-Hukuman rotan di khalayak sama ada di perhimpunan atau di bilik-bilik yang sedang berlangsung proses pengajaran dan pembelajaran adalah DILARANG.

5.SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 8/1983
Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-Murid yang Melakukan Perbuatan Salah laku yang Tidak Dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran.

6.SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.3/1991
Lapor Kepada Polis Salah Laku Yang Berbentuk Jenayah
Saya menarik perhatian tuan berhubung dengan kegagalan pihak sekolah melaporkan insiden berbentuk jenayah yang berlaku di sekolah oleh pelajar kepada pihak polis.

Mengikut kanun Prosedur Jenayah adalah menjadi satu kewajipan melainkan jika ada sebab-sebab yang berpatutan bagi orang ramai termasuk sekolah memberi maklumat berkenaan dengan berlakunya atau niat mana-mana orang yang hendak melakukan kesalahan-kesalahan seperti merusuh,mendatangkan kematian tanpa niat,membunuh dan cuba membunuh,merompak,membakar bangunan,memeras ugut,menganggotai kumpulan haram dan mengedar atau menyalahgunakan dadah atau kedua-duanya sekali.

7.SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.6A / 1975
Disiplin – Murid-Murid Menghisap Rokok
1.Guru Besar hendaklah memberitahu kepada murid-murid pada masa perhimpunan diadakan di sekolah bahawa penghisapan rokok adalah dilarang kerana sebab-sebab kesihatan.
2.Penghisapan dadah bermula dengan penghisapan rokok dan oleh itu perkara ini tidak boleh diringankan.
3.Semua murid diberi amaran bahawa tindakan disiplin akan diambil terhadap mereka jika peraturan ini tidak dipatuhi.
4.Pengetua/Guru Besar adalah dinasihatkan supaya mengumumkan bahawa tempoh pengampunan (Period of grace) selama seminggu akan diberi kepada murid-murid untuk membuat pengakuan jika mereka telah merokok dengan jaminan bahawa tindakan disiplin tidak akan diambil terhadap mereka itu.

8.SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.4/1997
Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok :
Kesalahan Kali Pertama          :           Rotan 1 kali
Kesalahan Kali Kedua             :           Rotan 2 kali
Kesalahan Kali Ketiga             :           Rotan 3 kali
Kesalahan Kali Keempat        :           Gantung Sekolah
                                                            (Tidak Melebihi 14 hari)
Kesalahan Kelima                   :           Buang Sekolah.

RUMUSAN
Kesimpulannya, bidang pendidikan merupakan antara bidang yang penting dalam sesebuah negara. Pembangunan pendidikan tidak dapat lari daripada pembangunan murid itu sendiri kerana murid atau murid merupakan subjek kepada pendidikan itu. Dalam hal ini, murid perlu dikawal selia bagi memastikan sahsiah diri mereka tetap dijaga apabila mereka meningkat dewasa. Atas dasar ini, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan garis panduan dalam pelbagai bentuk untuk menangani masalah disiplin murid. Oleh kerana itu hal ehwal disiplin mestilah diambil berat oleh pihak sekolah.

RUJUKAN
Nasrul Hisham Nor Muhamad, Zarina A Rashid (2017). Peraturan dan undang-undang kawalan disiplin murid di Malaysia. Malaysian Online Journal of Education, 1(1), 1-11. Diperoleh daripada http://journalarticle.ukm.my/10068/1/156-581-1-PB.pdf.