Bab
14 (Pengurusan Alam Pembelajaran)
Pengenalan
Di dalam bilik darjah, selain
mengajar, guru juga memainkan peranannya sebagai pengurus. Tugas guru sebagai
pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya
menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas, mengurus keadaan fizikal bilik
darjah supaya menjadi lebih kondusif, mengurus bahan-bahan pengajaran dan
sebagainya. Kecekapan guru dalam menjalankan tugas sebagai pengurus akan
mewujudkan sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yang baik dan keadaan bilik
darjah yang kondusif dan sesuai bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran. Menurut Haji Samsudin bin Md Noor, pengurusan bermaksud satu
proses untuk mendapatkan penyertaan, kerjasama dari semua ahli dalam mencapai
matlamat kumpulan. Manakala menurut Lee Shok Mee (1993), alam pembelajaran
bermaksud keadaan atau suasana belajar yang dapat meransang minat belajar
kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan
daripada tidak tahu kepada tahu.
PERSEDIAAN KE ALAM PERSEKOLAHAN
1. Menentukan
Objektif Pengajaran dan Pembelajaran
- Ciri utama guru berkesan atau guru efektif ialah menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran dengan jelas dan saksama berasaskan tahap pencapaian murid. Objektif perlu dimaklumkan dan diketahui oleh murid-murid sebelum pembelajaran bermula. Penetapan sedemikian membolehkan mereka menyedia dan mengubahsuai mind-set yang tepat terhadap pengetahuan, kemahiran dan perlakuan yang perlu dicapai apabila pembelajaran tamat. Guru boleh mengukur dan menilai tahap pencapaian murid berdasarkan hasil pembelajaran atau learning outcome.
- Guru mesti membuat perancangan pelajaran sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran, termasuklah guru berpengalaman, guru cemerlang dan guru pakar. Persediaan mengajar oleh guru akan melibatkan masa yang berbeza mengikut pencapaian murid, kelas, bahan, dan kearifan individu guru. Objektif dan isi pelajaran disusun mengikut keutamaan atau kefahaman murid, seperti bermula daripada aspek yang mudah kepada yang lebih sukar, aspek yang berada dalam pengetahuan atau pengalaman murid kepada perkara yang belum berada dalam pengetahuan dan pengalaman mereka. Setiap perkembangan pelajaran diikuti pula oleh aktiviti murid secara terancang dan sebahagainnya secara spontan.
- Pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarik dan berkesan sekiranya guru menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid. Guru perlu sentiasa mengubahsuai strategi mengikut jangkaan keberkesanan penggunaan sesuatu kaedah. Guru yang berhasrat untuk menjadikan pengajarannya efektif, seharusnya membuat kajian atau penyelidikan mengenai kaedah yang paling sesuai untuk sesuatu isi pelajaran, topik atau kemahiran. Kajian saintifik perlu dibuat untuk menilai kekuatan dan kelemahan kaedah yang digunakan. Guru perlu berkemahiran dalam membuat kajian tindakan atau pemerhatian saintifik.
KAJIAN DI SEKOLAH
Kajian tindakan adalah satu kajian yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan oleh peserta iaitu pengamal pendidikan, guru atau pendidik sebagai penyelidik dalam situasi sosial itu sendiri. Sebagai penyelidik, mereka melaksanakan tindakan praktik (intervensi) bertujuan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti amalan masing-masing, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan. Ia melibatkan proses membuat refleksi, merancang, melaksanakan dan memerhati.
Terdapat pelbagai definisi kajian tindakan yang telah dikemukakan oleh pakar-pakar kajian tindakan. Antaranya adalah seperti berikut:
Kajian tindakan adalah satu kajian yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan oleh peserta iaitu pengamal pendidikan, guru atau pendidik sebagai penyelidik dalam situasi sosial itu sendiri. Sebagai penyelidik, mereka melaksanakan tindakan praktik (intervensi) bertujuan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti amalan masing-masing, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan. Ia melibatkan proses membuat refleksi, merancang, melaksanakan dan memerhati.
Terdapat pelbagai definisi kajian tindakan yang telah dikemukakan oleh pakar-pakar kajian tindakan. Antaranya adalah seperti berikut:
i. Kemmis & McTaggart (1988)
Kajian tindakan merupakan satu
bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif, dilakukan oleh
peserta yang berada dalam sesuatu situasi sosial bertujuan meningkatkan
kerasionalan dan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiri,
di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta
situasi di mana amalan itu dilakukan.
ii. Ebbut (1985)
Kajian tindakan merupakan suatu
pengkajian yang sistematik oleh sekumpulan pengamal terhadap usaha-usaha untuk mengubah
dan memperbaiki amalan pendidikan melalui tindakan praktis mereka sendiri serta
refleksi terhadap kesan atau akibat tindakan tersebut.
iii. McNiff (1988)
Kajian tindakan adalah satu
pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui
perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan
mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia
untuk mengubahnya. Ia melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka
serta melibatkan guru-guru lain secara bersama.
Berdasarkan
pelbagai definisi tersebut dapat dirumuskan bahawa kajian tindakan merupakan
satu kaedah untuk guru mereflek masalah yang mereka hadapi, memungut dan
menganalisis data dan melaksanakan perubahan terhadap amalan mereka berdasarkan
dapatan-dapatan yang diperolehi. Kajian tindakan menjurus kepada matlamat
menjalankan penyelidikan tindakan, iaitu atas keinginan dan kecenderungan guru
untuk membaiki kualiti amalan atau pengajaran pembelajaran serta situasi kerja.
AKSI GURU DI SEKOLAH
- Kompetensi Guru
REFLEKSI
- Proses Belajar & Mengajar
- Peranan Guru
Rumusan
Kesimpulannya, pengurusan alam
pembelajaran ini perlu dititikberatkan oleh para guru supaya minat para pelajar
dapat dipupuk dengan mudah. Selain itu,segala pemindahan maklumat akan berjalan
lancar sekaligus meningkatkan pencapaian para pelajar.
Rujukan
Hasan Saragih. (2008). Kompetensi
minimal seorang guru dalam mengajar.
Jurnal Tabularasa PPS Unimed, vol.5 No.1. Diperoleh daripada http://digilib.unimed.ac.id/715/1/Kompetensi%20minimal%20seorang%20guru%20dalam%20mengajar.pdf
Mohamad Johdi Salleh. (2007). Guru efektif dan peranan guru dalam mencapai
objektif persekolahan sekolah rendah: Perspektif Guru Besar. Seminar Penyelidikan Pendidikan
Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007. Diperoleh daripada http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/seminarpapers/2007/Edmanagement/mohdjohdiUIAMfp.pdf